Pergh bertuah badan betul! Bayangkan kalau kekasih korang buat kejutan yang sama seperti gadis Thailand ini.

Kisah pasangan ini hangat diperkatakan di media sosial gara-gara seorang gadis membuat kejutan khas untuk kekasihnya dengan menghadiahkan jambangan duit berjumlah THB 100,000 (RM12,378).

https://www.facebook.com/781284182060695/videos/785324624989984/

MH difahamkan kedua pasangan ini sudah bersama sejak setahun yang lalu dan hadiah ini diberikan sempena hari lahir dan valentine yang akan tiba.

IKLAN

Melalui laporan akhbar di Thailand, gadis tersebut memberitahu dirinya buntu dan tidak tahu apakah barangan yang paling sesuai untuk kekasihnya, jadi dia mendapat ide untuk menghadiahkan jambangan duit buat kekasihnya itu dan aku mendapat idea di Instagram.

“Jambangan ini adalah hadiah hari jadi dan hadiah Valentine.”

“Dia mahukan barangan lelaki dan saya tidak tahu apa yang harus dipilih untuknya. Saya mendapat idea jambangan wang di Instagram dan mahu dia memilikinya,” kata Puenchoke.

Malah, gadis cantik ini turut memberitahu pasangannya itu terkejut dan tidak menyangka akan dapat hadiah seperti ini.

[VIDEO] Jejaka Bertuah, Dapat Hadiah Jambangan Duit Bernilai RM12,378 Sempena Hari Jadi & Valentine!

IKLAN

[VIDEO] Jejaka Bertuah, Dapat Hadiah Jambangan Duit Bernilai RM12,378 Sempena Hari Jadi & Valentine!

Sumber turut memberitahu gadis ini mendapat pendapatan yang tinggi dari menjual barangan kosmetik dalam talian.

IKLAN

Kalau tidak silap, jambangan tersebut telah diperbuat daripada wang kertas bernilai TGB500 (RM61.90).

SUMBER: Coconut.co 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI