Pemergian bapa tercinta, Datuk A Rahman Hassan pada 13 Jun 2019 lalu menjadikan pelakon dan pelawak Khir Rahman lebih matang dalam menjalani fasa hidup.

Malah, pemergian bapanya telah memberikan kesan mendalam terhadap dirinya menjalani hari-hari mendatang. 

“2019 Abah pulang, Khir mula belajar hidup tanpa Abah. Terlalu banyak ilmu dan harta yang telah Abah tinggalkan buat Khir jua keluarga. Abah sentiasa ada di mana-mana, pada bila-bila masa.

“Mohon Abah ditempat yang paling baik. Yang Abah tidak akan haus atau lapar. Yang Abah tidak akan panas atau sempit. Yang Abah tidak akan sakit atau sedih,” tulisnya.

Menjadikan tahun 2019 sebagai tahun bersejarah baginya, pelakon filem Rock Bro! itu sentiasa mendoakan agar arwah bapanya ditempatkan bersama orang-orang beriman. 

IKLAN

“Alhamdulillah… Ada macam-macam Khir kecapi 2019 ini namun ia takkan melalaikan Khir untuk mengingati Abah yang telah pulang dalam keadaan yang paling aman, yang paling manis senyumannya.

“Khir abadikan video ini di sini antara usapan dan belaian terakhir Khir buat Abah, dahi dan rambut mu yang masih mampu Khir ingat nyaman kasihnya, #31dis #2019,” tulisnya.

 

IKLAN

“Video Ini Antara Usapan Terakhir Buat Abah,” – Khir Rahman Bakal Bersaing Di Final MLM, Kongsi Memori Tak Ternilai “Video Ini Antara Usapan Terakhir Buat Abah,” – Khir Rahman Bakal Bersaing Di Final MLM, Kongsi Memori Tak Ternilai

 

Terdahulu, penyanyi popular era 1960-an itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang, Kuala Lumpur pada usia 73 tahun akibat pendarahan pada bahagian otak.

IKLAN

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Keramat.

Dalam perkembangan lain, Khir yang menganggotai kumpulan JBorn bersama Joey dan Vicha akan beraksi di pentas akhir Maharaja Lawak Mega (MLM 2019) malam ini di saluran Astro Warna (132) dan Astro Warna HD (124). 

Selain JBorn, finalis yang bakal merebut gelaran juara dan membawa pulang wang tunai bernilai RM500,000 adalah Bocey, Rare, Puteh dan  Zero.

Video : Instagram Khir Rahman

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI