MH pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa pelakon cantik, Emma Maembong merupakan kakak kepada pelakon, Chacha Maembong.

Baru-baru ini MH ada terlihat satu video yang dikongsikan oleh Emma menerusi akaun Instagramnya.

Apa yang menarik perhatian MH adalah, video tersebut merakamkan Emma telah mengacau adiknya sehingga Chacha menjerit dan terlepas rokok elektronik atau vape ke lantai dan pecah.

IKLAN

“I tahu u stress dpt kakak mcm i cha. Nk wat camne we stuck together forever .Sorry cha @chacha_maembong ☹️,” tulis Emma pada ruang kapsyen.

Nampaknya ramai netizen yang terhibur dengan gelagat dua beradik ini.

zetyadriana: Kesian gile arrrr… lawak lah @chacha_maembong @emma_maembongofficial suke na kacau org… hahahahahaha

_.nrftihah_: Hahahahhahahahahaha.Pecah perut aku beb

IKLAN

nraliah98: hahhahhahahahhahha ! kesian gila ah @chacha_maembong ?

norisme70: Pagi2 @emma_maembongofficial dah bagi akak ketawa….tq darling…you made my day

IKLAN

Aduh MH pun turut ketawa bila melihat reaksi wajah Chacha yang betul-betul tekejut ketika disergah Emma.

Dah nama pun adik beradik, normal lah kan bila gurau-gurau kasar sikit macam ni. Barulah meriah keluarga!

Sumber: Instagram Emma Maembong

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI