Baru-baru ini tular video Fattah Amin dan Janna Nick seperti bercumbu di media sosial sehinggakan pelakon utama drama Coffee Prince itu dikecam teruk.

BACA JUGA>Adegan Fattah Amin Dan Janna Nick Cium Kena Kecam Teruk

 Sehubungan itu, pengarah drama itu, Michael Ang tampil menjelaskan perkara yang sebenar. Dia juga berkata cukup memahami sensitiviti masyarakat negara ini. Justeru itu tidak akan membuat adegan sebegitu di dalam dramanya.

IKLAN

“Takkanlah saya sebodoh itu untuk menghasilkan babak bercium. Ini Malaysia. Semestinya saya peka dalam soal sensitiviti di negara kita. Tiada istilah bercium atau menggunakan ‘camera trick’ pun.

 

“Sebaliknya, saya hanya meminta Fattah meletakkan pipinya di sebelah kanan muka Janna. Tetapi, kedua-duanya tidak bersentuhan langsung. Itu saja yang saya arahkan kepada pelakon. Memang tak ada babak bercium pun,” katanya kepada sebuah portal online.

Tambah Michael, video tersebut tersebar luas setelah Fara Mendoza yang datang melawat ke lokasi dan merakamnya dari sudut yang salah. Dia juga telah memuat naik babak tersebut di akaun Instagram miliknya.

Video Dirakam Dari Sudut Salah- Michael Ang

IKLAN

“(Isu itu timbul) kerana dia (Fara) mengambil video itu dari sudut yang menampakkan Fattah dan Janna seperti bercium.

 

“Kalau tengok Insta Story seorang lagi pelakon, Emma Maembong, memang tak ada pun babak cium seperti yang dianggap netizen itu,” katanya.

Wah nampaknya, drama ini penuh kontroversi. Sebelum ini, sebahagian peminat naskhah asalnya mempertikaikan pemilihan Fattah sebagai teraju utama drama terbabit, dengan mengatakan aktor popular itu tidak sesuai digandingkan dengan Janna.

Apa-apa pun pasti gandingan baru Janna dan Fattah itu ditunggu peminat setia drama asal dari negara Korea itu.

IKLAN

Michael juga memberitahu drama itu sudah siap 50 peratus dan bakal ditayangkan di Astro.

Sumber : Berita harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI