Penulis, pengarang dan penerbit bertaraf legenda yang bertanggungjawab menghidupkan komik Marvel Universe, Stan Lee, telah meninggal dunia pada usia 95 tahun di Pusat Perubatan Cedars-Sinai, Los Angelas.
Menurut sumber dari portal hiburan TMZ, khabar kematian pada mendiang Lee awal pagi Isnin itu disahkan oleh anak perempuannya, JC Lee.
Menariknya, Lee telah memulakan dunia adiwira Marvel bersama Jack Kirby pada tahun 1961 dengan The Fantastic Four.
Ads
Mendiang kemudiannya mencipta watak-watak seperti Spider-Man, Black Panther, The Incredible Hulk, X-Men, Iron Man dan The Avengers.
Ads
Sebagai tanda ingatan buat mendiang Lee dan peminat filem Marvel, MH kongsikan beberapa figura dalam filem Marvel yang dicipta mendiang.
Pelakon, Normah Damanhuri mengatakan bahawa isu bayaran pelakon untuk sesuatu projek itu tidak seharusnya menjadi satu isu.
Katanya, tidak perlu ada soal perbezaan bayaran yang dikenakan kepada pelakon yang sudah memenangi anugerah dengan yang lain.
“Sepatutnya, pihak tertentu kena tahu menilai kerja kita. Bila kita dah beri komitmen penuh, disiplin serta fokus untuk sesuatu watak itu, kiranya memang all out untuk kerja yang diberi.
“Jadi kenalah nilai daripada situ dan tahu berapa perlu bayar seseorang itu,” katanya kepada MH.
Normah berkata demikian ketika ditemui Anugerah Skrin 2018 (ASK) bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Jumaat.
Katanya lagi, Normah turut berkongsi harga ‘tidak masuk akal’ yang diterimanya sepanjang bergelar pelakon.
“Ada satu projek, hari shooting banyak, episod pun banyak, lokasi juga banyak tapi harga yang dibayar itu seperti harga satu telemovie, agak-agaklah berapa, jadi saya terpaksalah tolak secara baik.
“Sebenarnya semua ini rezeki, kadang-kadang dapat yang okay, tapi kalau yang tak ok tu memang tak ok sangat.
“Kalau ikutkan memang saya nak kerja lagi-lagi dah umur begini, selagi sihat memang nak kerja, tapi kalau terlampau rendah sangat memang sedih. Tapi tak semua lah begitu. Kalau yang okay, okay sangat,” kongsinya lagi.
Pada malam ASK, Normah membawa pulang trofi kemenangan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem bagi filem Pinjamkan Hatiku.
Foto/Instagram: Normah Damanhuri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan pelakon, Mawar Rashid dan Raf Yaakob memang dikenali sebagai pasangan yang ‘sweet couple’ gitu.
Kisahnya, semalam Mawar muat naik video sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama yang diadakan pada 9 November lalu.
Pelakon drama Suamiku Paling Sweet itu sempat berkongsi penghargaan terhadap suaminya selama setahun usia perkahwinan mereka itu.
“So this is our 1st anniversary video. Husband, I hope you love the surprise and the location I’ve chosen to celebrate our 1st anniversary as husband and wife,” tulisnya.
Bagi yang telepas mengikuti perkembangan kisah seni semalam, jom ikuti antara TOP 5 cerita best ini!
1. Persandingan kali Kedua Dr. Fazley & Isteri, Simple Tapi Meriah!
Persandingan kali kedua Datuk Fazley Yaakob dan isteri, Datin Azrene Soraya dilakukan kerana untuk memenuhi permintaan arwah bapanya,Datuk Yaakob Mohammad.
Jom lihat sekitar majlis persandingan mereka. Artikel penuh di:
4. Sekumpulan Individu Mahu Beri Sumbangan Kepada Puteri Balqis, Tapi Lain Pula Jadinya…
Kehadiran sekumpulan individu yang mahu memberi sumbangan kepada pelakon, Puteri Balqis menimbulkan kemarahan netizen apabila mereka dilihat seperti berlaku biadap ketika sesi lawatan.
Menerusi video itu, individu berkenaan dikatakan meninggikan suara sewaktu merakam video selain memaparkan keadaan Balqis yang sedang terlantar di atas katil.
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.