[VIDEO] Bersungguh-Sungguh Sajat Nyanyi Rap, Demi Lagu Baru Aliff Syukri. Ini Komen Netizen!

Share

Bersempena dengan musim perayaan tahun ini, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri bakal melancarkan lagu rayanya sendiri, beberapa hari lagi.

Bagaimanapun apa yang menariknya, Aliff  turut meminta undian dari netizen bagi mengundi di antara Zizi Kirana dan Sajat untuk tampil rapping di dalam single terbarunya nanti.

Perkara tersebut dimaklumkan Aliff menerusi Instagram sebentar tadi.

Lalu menjengah ke Instagram Sajat pula, usahawan ini ada memuat naik keratan video yang merakamkan dirinya sedang berlatih rap untuk lagu terbaru sahabat bisnesnya itu.

“Adoiii suara i pun kelaut!!! kena banyak practice ini!!! adoiii!!!! adoiii RAP pulak tu..terbelit belit lidah iols nak sebut satu persatu word keluar dari mulut giteww!!! haahaahaaa ….lagu raya kata nya.

“Korang rasa OK TAK?? ker tak ok?? cer comment jujur kat bawah ini..ini baru practice jer tau!!!!tiberrrr @aliffsyukriterlajaklari,” tulisnya.

Lalu, ribuan komen ditinggalkan menerusi ruangan komen pada posting berkenaan. Antaranya;

Foto: Instagram Sajat

IKLAN