Beberapa hari lalu, penghibur terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza masih sempat memenuhi undangan media Indonesia meski sibuk melakukan persiapan akhir siri konsert solonya, Siti Nurhaliza On Tour yang bakal  berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, hari ini.

Menerusi laman Twitter seorang pengguna akaun Alan Al Padat, penyanyi Anta Permana yang turut sinonim dipanggil Tok Ti itu diundang ke stesen radio di sana, Hot 93.2 FM beberapa hari lalu.

Segmen bersama Tok Ti antara lain juga meminta penyanyi berkenaan untuk meneka beberapa buah lagu dan antara lagu yang berjaya diteka Tok Ti ialah Gerimis Mengundang, nyanyian Zamani dari kumpulan Slam.

Pada awalnya, dua penyampai radio berkenaan membaca lirik lagu tersebut dan kemudiannya Tok Ti diminta untuk meneka lagu yang dimaksudkan.

IKLAN

Lalu, sedutan video tersebut kini mulai tular di media sosial apatah lagi rata-ratanya kagum dengan cara penyampaian penyanyi itu yang tetap merdu meski hanya menyanyikan sebahagian lagu berkenaan secara bersahaja.

Lebih mengundang tawa, penyanyi asal Pahang itu turut meniru gaya nyanyian penyanyi asal dan kebanyakan netizen menganggap apa yang dibuat secara spontan Tok Ti itu cukup comel.

IKLAN

[VIDEO] Aksi Spontan Tok Ti Ajuk Gaya Zamani Nyanyikan Lagu Gerimis Mengundang, Ini Reaksi Netizen! [VIDEO] Aksi Spontan Tok Ti Ajuk Gaya Zamani Nyanyikan Lagu Gerimis Mengundang, Ini Reaksi Netizen!

Terdahulu, Konsert Dato Sri Siti Nurhaliza On Tour ini bakal bermula hari ini, di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia dan kemudian ke lokasi seterusnya di Singapore Expo, Singapura pada 21 Mac 2019.

IKLAN

Peminat di Malaysia boleh menyaksikan konsert itu di Arena Axiata, Kuala Lumpur pada 16 Mac 2019 depan.

Tiket berharga RM105, RM155, RM255, RM355, RM495 dan RM1295 (meet & greet) boleh didapati menerusi www.mytickets.asia bermula 26 Disember lalu.

Foto: Twitter Alan Al Padat/Instagram Zamani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI