Pelakon wanita, Ainul Aishah kini dikatakan sedang bercinta. Benar atau tidak?

Menerusi beberapa perkongsian gambarnya di akaun instagram miliknya, terdapat beberapa keping gambar yang menunjukkan Ainul kini sedang rapat dengan seorang jejaka yang kelihatan seperti ‘mat saleh’.

Menurut sebuah portal hiburan yang telah menghubungi Ainul untuk mengetehui perkara ini dengan lebih lanjut, Ainul telah mengakui bahawa dia sedang bercinta dengan jejaka tersebut.

“Ya, dia teman lelaki saya dan kami declare hubungan ini pada hari ulang tahun saya yang ke-32 April lalu.

 

“Semuanya bermula apabila saya menerima mesej di Instagram daripada Khalid September tahun lalu dan tiga bulan selepas itu (Januari) baru saya ambil keputusan nak berjumpa,” katanya.

Ads

Ainul menjelaskan keputusan yang diambil itu setelah dia merasakan, jejaka tersebut berbeza dengan mana-mana lelaki yang pernah dia kenali sebelum ini.

Jelas Ainul lagi, teman lelakinya ini merupakan seorang ahli pernigaan dan Khalid mempunyai darah kacukan Melayu dan Inggeris namun telah dibesarkan di Kedah dan Kelantan.

Ads

“Ibunya berketurunan Inggeris namun dia membesar di Kedah dan Kelantan dalam suasana budaya masyarakat Melayu yang tebal dalam dirinya.

 

“Ya! Dia sangat Melayu!,” ujarnya.

Bagi Ainul, Khalid sangat berbeza dengan lelaki lain yang pernah cuba untuk mendekati dirinya.

Ads

“Apa boleh saya katakan, Khalid berbeza dengan lelaki lain yang cuba mendekati saya sebelum ini kerana dia tidak pernah sorok siapa saya di sisinya.

 

“Seperti saya, dia juga terbuka memuat naik gambar kami di Instagram miliknya dan kami biarkan peminat menilai sendiri tanpa perlu kami kata apa-apa,” katanya.

Bertanyakan pula soal jodoh, adakah Ainul sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya, Ainul menjawab,

“Saya serahkan soal itu kepada dia (Khalid) kerana pada usia saya sekarang ia adalah waktu tepat untuk saya tamatkan zaman solo.

 

“Semua terserah pada jodoh, doakan yang terbaik,” katanya.

Sumber: Mstar Online

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI