Sejak menyertai industri seni empat tahun lalu, ada saja kisah kontroversi artis berusia 25 tahun ini yang secara tidak langsung mencalarkan namanya dalam industri ini.

Uqasha Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen mengakui dek sering dikecam netizen, dia kini semakin lali dan mengambil pendekatan untuk tidak ambil pusing dengan apa yang diperkatakan.

Bagaimanapun sebagai manusia biasa, dia tidak terlepas merasai tekanan.

“Dulu saya memang cepat tertekan, mungkin silap saya kerana dari awal ada saja yang berlaku dan mencalarkan nama saya.

“Tapi saya tak ambil pusing dan jadi diri sendiri. Kadang kala memang tertekan, tapi saya tak mahu fikir sangat.

“Sebab itu kini saya lebih selesa berkongsi hal kerja saja di laman sosial, hal privasi biarlah terus jadi privasi,” ujarnya.

Uqasha Senrose Lali Dikecam Netizen

Tambah Uqasha, dia kini mahu netizen dan peminat memberi perhatian terhadap karier seninya semata-mata.

Ads

Dia juga bersyukur kerana peminat dan penerbit sudah melihat kebolehannya membawakan watak berbeza selepas membintangi drama Hero Seorang Cinderella.

“Tentunya saya berterima kasih kepada Michael Ang kerana memberi peluang terlibat dalam produksi ini. Penonton lebih suka saya bawa watak antagonis berbanding karakter baik,” akuinya.
Salah satu babak dalam drama Hero Seorang Cinderella. – Foto ihsan Instagram Uqasha

Uqasha berkata, menerusi drama bersiri itu juga, dia dapat merealisasikan impiannya bekerja dengan pelakon yang diminatinya, Fazura dan ternyata pelakon itu tidak lokek berkongsi ilmu di sepanjang penggambaran.

Dalam pada itu, Uqasha berkata, dia tidak mahu selesa menerusi satu karakter semata-mata dan mahu mencuba kepelbagaian watak demi menjadi seorang pelakon yang berkualiti.

“Sebab itu saya kata, saya tak mahu lagi cerita kontroversi atau peribadi mengatasi cerita karier saya.

Ads

“Kalau boleh selepas ini biarlah orang melihat saya dan tahu cerita saya kerana lakonan saya sahaja.

“Dan kerana itu juga, saya mahu untuk terus mencuba pelbagai watak dan menjadi pelakon yang baik,” katanya.
Raya di KL

Dalam pada itu, ditanya mengenai persiapan sambutan Lebaran, Uqasha berkata, dia belum membuat sebarang persiapan biarpun hari lebaran makin hampir menjelang tiba.

Katanya sejak dulu lagi, dia lebih gemar membuat persiapan pada saat akhir kerana lebih teruja menanti lebaran.

Ads

“Sama macam tahu sebelum ini, saya memang akan buat persiapan pada saat akhir.

“Tahun ini, kami sekeluarga akan berhari raya di Kuala Lumpur sahaja sebab dah tak ada sesiapa di Kelantan,” katanya.

Uqasha Senrose Lali Dikecam Netizen

Uqasha berkata, hari lebaran sememangnya antara masa yang nanti kerana pada ketika itu dia dapat berkumpul seisi keluarga, menziarahi saudara mara dan bermaaf-maafan.

Tambahnya, dia juga merancang untuk bercuti, namun bergantung pada jadual penggambaran kelak.

“Insya-ALLAH saya akan mula bercuti pada 20 Jun ini sehingga raya seminggu hari raya dan selepas itu akan kembali ke set penggambaran bersama Michael Ang untuk projek lain pula.

“Tapi kalau ada masa cuti lama sikit, saya memang berhasrat untuk bercuti, cuma belum tahu lagi di mana dan bila,” katanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI