Pelakon Uqasha Senrose tidak menyangka menerima kejutan istimewa daripada suaminya, aktor Kamal Adli sempena meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-30 pada 6 Julai lalu.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagramnya, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, turut berkongsi menerima hadiah berupa ‘tote bag’ serta sandal berwarna merah jambu daripada jenama mewah antarabangsa itu yang diberikan Kamal kepadanya.

Uqasha Senrose Genap 30 Tahun, Terima Hadiah Nilainya Cecah RM11,000; “Terima Kasih Suamiku Sayang Sampai Dua Hadiah Dengan Big Deco.” Uqasha Senrose Genap 30 Tahun, Terima Hadiah Nilainya Cecah RM11,000; “Terima Kasih Suamiku Sayang Sampai Dua Hadiah Dengan Big Deco.”

“Mengenali suami saya, dia bukan begitu… maksud saya jenis yang nak deko, kumpulkan ahli family, buat makan-makan. Paling mengejutkan, dia juga tempah kek khas.

“Terima kasih suamiku sayang sampai dua hadiah dengan big deco (decoration) haih,” tulis Uqasha.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

IKLAN

Selain itu, Uqasha turut memuat naik video dia sedang ‘unboxing’ hadiah pemberian Kamal sebagai tanda penghargaan dan berterima kasih di atas ingatan tulus ikhlas suaminya itu.

“Not to show off tapi saya sangat menghargai pemberian suami. Tak kisah berapa harga sekali pun saya tetap akan post kerana effort dan tenaganya (Kamal),” tulis Uqasha lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

IKLAN

Kedua-dua hadiah yang diberikan Kamal itu dianggarkan mencecah harga lebih RM11,000 menerusi pemerhatian di laman web jenama mewah tersebut.

Sekadar informasi, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November tahun lalu di Janda Baik, Pahang.

IKLAN

Pasangan ini mula menjalinkan cinta selepas kedua-duanya bergandingan dalam drama bersiri arahan Michael Ang, Setelah Terlafaznya Akad yang ditayangkan pada 2019.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Uqasha Senrose

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI