Penyanyi, Adira Suhaimi tampil menjelaskan mengenai dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan dia mempermainkan isu rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu usahawan yang kini dipanggil Abang Red.
Ia susulan kejutan yang dilakukan bekas suaminya itu yang tiba-tiba muncul di atas pentas bagi menyerahkan cincin sebagai gimik pelancaran barangan perhiasan kemas.
“Mulut orang saya tak boleh nak tutup, yang mana tahu, tahu sahajalah. Tapi kalau nak kata main main tentang perkahwinan, cerai dan sebagainya, semua orang pun tahu benda itu tidak boleh dibawa main.
“Jadi apa yang berlaku itu adalah jalan dan proses yang perlu saya hadapi, tidak perlu untuk semua orang faham kenapa, tak perlu orang tahu kenapa.
“Cukuplah hanya saya dan abang Red sahaja yang tahu serta keluarga terdekat,” katanya.
Adira berkata demikian ketika ditemui sejurus pelancaran cincin terbaharu, Siti Adira Miragold Collection di Magica Grand Hall, Star Avenue Lifestyle Mall, Shah Alam pada Khamis.
Malah tambah Adira, gimik tersebut telah mendapat persetujuan Abang Red sendiri sebagai salah satu pelengkap kepada acara untuk menyempurnakan majlis pelancaran tersebut.
“Macam babak cincin diberi ketika acara berlangsung pula, bukan niat untuk main-main tetapi itu adalah sebahagian daripada acara untuk menjayakan majlis.
“Alhamdulillah, saya sangat-sangat bersyukur sebab abang Red pun memberikan komitmen penuh. Jadi saya sangat menghargai dia yang mahu membantu.
“Sebenarnya bukannya nak bagi cincin tu mahu berkahwin, tidak. Tiada niat untuk main-main pun sebaliknya adalah sebahagian daripada majlis.
“Untuk menjayakan, mencantikkan dan menyempurnakan lagi majlis tersebut,” jelasnya lagi.
Terdahulu, gimik Abang Red membawakan cincin kepada Adira semasa majlis pelancaran cincin terbaharu Siti Adira Miragold Collection itu menerima pelbagai reaksi netizen.
Ada yang suka dan ada juga yang menyatakan rasa kurang senang kerana seolah-olah mempermainkan isu rumah tangga yang berlaku di antara mereka.
Untuk info, Abang Red dan Adira berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan Datin Red.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Terbaru, penyanyi Sufian Suhaimi telah berkongsi berita gembira bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Sufian, muzik video lagu Dimatamu kini telah diiktiraf oleh ‘Malaysia Book Of Records’ hari ini setelah meraih lebih 50 juta tontonan di YouTube.
Menurut sumber laman sesawang ‘Malaysia Book Of Records’, muzik video lagu Dimatamu itu merupakan sebuah muzik video yang meraih tontonan tertinggi di YouTube bagi kategori muzik video lagu Bahasa Malaysia.
Lantas, penyanyi yang berusia 27 tahun itu berasa terharu dengan sokongan daripada peminatnya yang tidak henti-henti menyokong kerjayanya sebagai anak seni.
“SUFIAN SUHAIMI DIIKTIRAF DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS”
“Alhamdulillah atas pengiktirafan ini. Terima kasih kepada sahabat @sirkhandanial dan @ibnu_rinkarnaen yang berhempas pulas mencipta lagu sedih #DiMatamu yang cukup dekat dengan pendengar muzik Malaysia.”
“Sesungguhnya Allah itu maha adil. Adil meletakkan kebahagiaan dalam bentuk berbeza dan tak disangka. Buat keluarga, sahabat, peminat dan seluruh yang mengenali saya, semoga kebaikan kalian dibalas dengan kebaikan. InsyaAllah satu sidang media akan diadakan untuk berita baik ini.”
“Jemputan akan diedarkan kepada rakan media. Terima kasih semua. Terima kasih Allah. . @encikdanny: @firzhafizsabrand .#sufiansuhaimi #dimatamu#malaysiabookofrecords@ariesmusicpro @sirkhandanial@ibnu_rinkarnaen@malaysiabookofrecords”tulisnya.
Shima ‘Teringin’ ada mengimbas kenangan manis bersama Allahyarham Saleem yang telah pergi buat selama-lamanya Oktober tahun lalu.
Katanya, pertama kali mereka bertemu di sebuah studio rakaman bagi merakamkan lagu.
“Saya berjumpa dengan Allahyarham ketika kami berada di King’s Studio, Petaling Jaya. Ketika itu, kami sedang melakukan rakaman untuk sebuah lagu. Saya masih bersama dengan Shima & The Boys dan arwah dengan Iklim.
“Kemudian selepas itu kami adalah bertemu ketika saling membuat persembahan sama,” katanya kepada MH.
Ditanya antara momen paling diingatinya melibatkan arwah, Shima memberitahu dia terkejut apabila menonton video rakaman Saleem yang mampu penyanyikan salah satu lagu hitsnya dengan baik.
“Saya sangat terharu, bila saya menonton satu video menerusi YouTube, arwah ada nyanyikan lagu saya, Setelah Aku Kau Miliki.
“Jadi saya gembira dan teruja, tak sangka arwah nyanyi lagu saya dengan baik sekali. Itu antara kenangan manis bila kenangkan arwah yang telah tiada,” katanya.
Terdahulu, Shima ditemui pada sidang media Konsert Suara Emas Satu Kesan Abadi yang berlangsung pada 6 Oktober lalu, jam 8.30 malam itu bertempat di Panggung Asia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Penyanyi senior itu turut diundang sebagai penyanyi undangan dan mengalunkan lagu hits nyanyian Allahyarham. Turut sama terlibat dalam menjayakan konsert berkenaan ialah Zaiton Sameon.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah terkenal, Azman Haji Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo enggan mengulas lanjut berhubung mengapa nama cucu sulungnya, Bunga Elhaq menjadi pilihan anak dan menantunya, Uzair Haqimy dan Elisya Sandha.
Jelas Jinggo, nama tersebut adalah merupakan kombinasi nama anak lelaki dan menantunya sendiri.
“Nama cucu Tok Sidang….BUNGA ELHAQ….Elhaq tu rasanya singkatan Elisya and Haq..So tu jer ler yang Tok Sidang boleh bagitau ke komer takat ni…
“Yang lain Tok Sidang tak boleh memandai mandai bagitahu… sebab apa? Sebab Bunga Elhaq bukan ANAK Tok Sidang tapi CUCU Tok Sidang….eya idak?
“Kalau Tok sidang buat keputusan pasal Haq and Mikha… ada orang lain masuk campur… Tok Sidang… naik angin…sebab apa? Sebab deme anak Tok Sidang, bukan anak komer…jadi nye…
“Bior Haq dengan Elisya yang mula update pasei Bunga Elhaq… baru le Tok Sidang pulak…sebab ape? Sebab Tok Sidang and Sis ni Dada and Nana Bunga Elhaq… eya idak?,” tulisnya menerusi entri di Instagram.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon dan hos Sheila Rusly ini memberitahu dia tidak mahu untuk masuk campur segala urusan rumah tangga anaknya.
Ini kerana, sebagai bapa dia mahu anaknya supaya belajar untuk berdikari dan membuat keputusan sendiri.
“Kalau kita masuk campur itu ini begitu begini, bila nye deme nak belajor buat keputusan untuk keluarga deme sendiri….sebab apa?
Sebab sebelum ni deme pasangan suami isteri… sekarang udoh jadi DADDY MUMMY..eya idak?
“Moral of the story, Jangan campor urusan anak anak kita yang udoh kawin, kita ni orang tua ni ushaaaa jer…peratiiii jer..
“kalau nampak deme Senget, kita luruskan, kalau nampak salah, kita betol kan… tu jer…sebab apa? Sebab zaman kita nak arahkan deme itu ini begitu begini udoh abes…
“Senang cerita bior le anak kita yang udoh kawin… yang udoh ada anak… yang udoh ada family buat keputusan sendiri kecuali bila TERPAKSA ATAU BILA TIBA MASA….kita orang tua ni kena masuk campor baru kita nyebuk balik …Eya idak?,” tulisnya lagi.
Perkahwinan Pinkan Mambo dengan TikToker popular, Arya Khan pada Disember tahun lalu mengejutkan ramai pihak.Melangsungkan majlis akad nikah secara sederhana di rumah dan disiarkan...