Kakak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Noor Hayati Kamarzaman akui teruja selepas mengetahui mereka sedang menaiki kapal terbang yang sama dengan pelakon popular Korea Selatan, Lee Jae Wook.

Pada ketika itu, Noor Hayati bersama keluarganya difahamkan sedang dalam perjalanan pulang selepas bercuti di Korea Selatan.

Jelas Noor Hayati, dia tersedar akan keberadaan Lee Jae Wook sewaktu dia sedang memeriksa keadaan anak-anaknya yang sedang menjamu selera di dalam kapal terbang.

“Nak tengok anak dekat belakang tengah buat apa. Patutlah dia macam risau tengok saya telah rakam video.

“Saya dan suami tak tahu sebenarnya belakang tu artis Korea. Kitaorang ulang alik tandas belakang ni haa.

“Mak mertua dekat sebelah tu, Kak Yatie risau dia pandai tak makan. Yah Rojak lagi selera layan bibimbap dari artis,” tulisnya.

IKLAN

Video tersebut dikongsikan oleh Noor Hayati atau lebih mesra disapa Kak Yatie menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Katanya lagi, dia juga tidak mahu terlalu menunjukkan perasaan teruja kerana bimbang pelakon tersebut akan berasa terganggu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja selain turut terhibur dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Noor Hayati.

“Untungnya Kak Yatie.

IKLAN

“Drama dia tengah famous dekat Netflix sekarang. Alchemy Of Souls.

“Kalau saya dah pengsan bangun balik pengsan balik.

“Padahal dekat luar peminat-peminat dia tengah tunggu ketibaan dia. Kak Yatie relex je dalam tu satu flight.

IKLAN

“Kalau kami duduk tempat Kak Yatie mungkin dah menggelupur dah,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sekadar informasi, nama Lee Jae Wook kini menjadi perhatian dunia selepas drama lakonannya yang berjudul, Alchemy Of Soul kini sedang meledak di aplikasi penstriman, Netflix.

Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Noor Hayati telah pu meraih lebih 200,000 jumlah tontonan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Noor Hayati

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI