Selepas mengumumkan persaraan daripada dunia bola sepak, ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar kini beralih ke kancah politik dan bakal bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi kerusi Gurun sebagai calon Perikatan Nasional.
Bagaimanapun, penglibatan Baddrol di dalam dunia politik nyata mendapat kritikan segelintir pihak yang merasakan anak jati Sungai Petani, Kedah itu belum cukup berpengalaman.
Malah, sebelum ini, Baddrol dikecam hebat gara-gara masih belum mendedahkan mengenai menifestonya pada kempen PRN kali ini.
Bukan setakat itu, bekas pemain tengah itu juga sekali lagi dikritik selepas ramai yang mempertikaikan caranya menyampaikan ceramah ketika berkempen.
malangnya depa suka yg begini. 🤣 ceramah pun mcm malas ja. gila babi. 🤣 mmg ruwibidhoh kaw kaw. pic.twitter.com/2HOAcdD5hV
“Malangnya mereka suka yang begini. Ceramah pun macam malas sahaja,” kata seorang netizen.
Terbaharu, menerusi satu ciapan di Twitter, penyanyi rap yang kini bergelar ahli politik, Altimet turut memberikan reaksinya terhadap komen netizen tersebut.
Ads
Menurut Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, dia meminta semua pihak untuk memberi peluang buat Baddrol untuk memperkemaskan skill pengucapan awamnya memandangkan dia baru sahaja menceburi bidang politik.
Bagi dia masa. Semua org mula dlm keadaan kurang mahir. Berucap ni satu skill yg boleh asah dgn berlatih. https://t.co/iGOtzw51ml
“Tenang. Ukhwah saya dan Badrol duduk lebih tinggi dari retorik politik. Semoga terus cekal dan istiqomah, bro Badrul,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Altimet yang mengamalkan politik matang.
“Pandangan matang dan tidak memperkecilkan sesama manusia. Steady lah.
Ads
“Bagus bro. Walau berlainan tapi kau defend dia.
“Betul, nak bercakap depan orang bukan perkara mudah. Otak kena kerja lebih laju dari mulut. Dulu saya ada stage fright, sekarang dah jadi cikgu. Nak tak nak kena juga cakap. Kena juga improve dari hari ke hari.
“Contoh terbaik yang tak mengaibkan pihak lawan. Kita boleh beza pendapat dan parti politik tapi kita tak boleh menidakkan kita manusia tak sempurna. Contohnya, Abang Altimet mahir rap. Badrol mahir main bola. Masing-masing ada kemahiran tersendiri,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Altimet juga bakal bertanding di PRN bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya mewakili Pakatan Harapan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Altimet & Baddrol Bakhtiar, Twitter Altimet & @nmqlinrz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat secara profesional tampil menjelaskan insiden yang terjadi antara dirinya dan pengacara Sherry Alhadad, baru-baru ini.
Semuanya bermula apabila sepotong video Ayda memperkatakan mengenai saiz kaki Sherry tular di laman sosial. Program tersebut dirakam pada suatu majlis hiburan.
Lalu, netizen mulai mengecam Ayda dan menuduh penyanyi lagu Pencuri Hati itu secara tidak langsung telah melakukan ‘body shaming’ terhadap Sherry.
Tidak melatah dengan isu berkenaan, Ayda menyatakan penjelasan ketika dihubungi MH.
“Saya terima kecaman itu dengan rasa tanggungjawab sebab saya yang melafazkan dialog tersebut.
“Sebenarnya, saya dan Sherry sudah berbincang mengenai perkara terbabit lebih awal sebelum program itu berlangsung.
“Ketika bersiaran, saya rasa semua orang tahu, perkara yang sudah kita rancang itu akan jadi terlebih atau terkurang.
“Tetapi, jika ada yang terasa hati atau terguris dengan kata-kata saya, dengan rendah hati saya memohon maaf.
“Sejujurnya, saya tidak pernah terdetik, malah jauh sekali niat saya mahu menghina sesiapa,” katanya jujur.
Enggan memanjangkan perkara tersebut, Ayda menjadikan insiden ini sebagai peringatan untuk dirinya.
“Saya percaya apa yang telah terjadi ini ada hikmahnya. Baik atau buruk saya menerima dengan berlapang dada.
“Saya menjadikan ia sebagai proses pembelajaran untuk saya memperbaiki diri.
“Saya anggap kecaman dan teguran yang datang itu kerana mereka sayang dengan saya. Saya menerimanya dengan positif,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Ayda kini sedang dalam proses untuk menyiapkan single terbaru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Foto/Instagram: Ayda Jebat & Sherry Alhadad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI dilaporkan cedera selepas terlibat kemalangan ketika berbasikal petang semalam.
Difahamkan, Azhar terjatuh ketika menjalankan aktiviti berbasikal di Kuala Terengganu sehingga menyebabkan tangan kiri dan hidungnya patah.
Perkara tersebut dikongsikan Azhar menerusi Facebook miliknya.
“Berikutan sedikit kemalangan yang menimpa Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus ketika melakukan kayuhan basikal petang tadi adalah dimaklumkan semua kuliah ditangguhkan sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
“Beliau mengalami sedikit kecederaan dan memerlukan rehat untuk sementara waktu,” tulisnya.
Azhar kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan lanjut.
Berikutan kemalangan itu, Azhar menangguhkan semua ceramah agama buat sementara waktu sehingga keadaan beliau pulih sepenuhnya.
Penyanyi Naufal Azrin dilihat kembali berkongsi video Instagram lamanya yang dimuat naik lebih setahun lalu ke Insta Stories, pada Khamis.
Tidak mendedahkan identiti mana-mana pihak,...