‘Berhenti salahkan Izreen, Saya mohon Intan hentikanlah drama air mata,’ berikut kata-kata suami pelakon Izreen Azminda, Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30 tahun atau lebih dikenali sebagai Ude kepada bekas isterinya, Intan Liana Saleh, 33 tahun.

Menurutnya, rumah tangganya yang dibina bersama Intan sudah bermasalah sejak 2 tahun yang lalu malah sebelum pemuzik bebas itu mengenali Izreen.

Ude juga turut menekankan bahawa Intan juga tahu punca sebenar rumah tangga mereka bermasalah dan sudah beberapa kali membincangkan masalah tersebut.

Ude Minta Intan Hentikan Drama Air Mata!

IKLAN

“Apa yang Intan keluarkan kenyataan mengatakan yang dia tidak tahu punca sebenar penceraian itu adalah pembohongan semata-mata.

“Dia tahu puncanya. Rumah tangga kami sudah mula bermasalah sejak dua tahun lalu. Sebelum saya mengenali Izreen lagi.

“Kami juga sudah beberapa kali bincang perkara ini dan mengambil keputusan bersama untuk bercerai,” kata Ude kepada mStar Online.

Tambah Ude lagi, dia juga menegaskan bahawa Izreen tiada kaitan langsung dengan masalah rumah tangga yang dialaminya itu.

Ude Minta Intan Hentikan Drama Air Mata!

“Izreen tidak bersalah dalam hal ini dan dia juga tidak ada kena mengena dengan masalah rumah tangga kami,” katanya lagi.

Sementara itu, berikutan terlerainya ikatan mereka pagi tadi, Intan reda dengan ketentuan takdir bahawa jodohnya dengan Ude berakhir hari ini serta tidak menyimpan dendam kepada bekas suaminya itu .

IKLAN

“Saya reda dengan takdir yang Allah tentukan untuk saya dan terima jodoh saya sampai di sini. Saya tidak marahkan Ude atas apa yang berkaku ini.

“Saya baik-baik saja. Malah pihak keluarga saya juga menerima keputusan ini dengan hati terbuka,” katanya.

Dalam pada itu, Intan juga akan memfailkan hak penjagaan sepenuhnya terhadap dua anak mereka, Arish Muqri, 3 tahun dan Ariq Muqri, 1 tahun.

Ude Minta Intan Hentikan Drama Air Mata!

IKLAN

“Sepanjang kami tidak tinggal bersama Ude bebas membawa anak-anak untuk bersamanya.

“Saya tiada masalah untuk Ude mengambil anak, tapi saya akan failkan hak penjagaan sepenuhnya dan tuntutan lain selepas ini,” ujarnya.

Terdahulu, Ude menceraikan Intan dengan talak satu kira-kira pukul 9.50 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pagi tadi.

Lafaz cerai dibuat di hadapan hakim syarie, Shaiful Azli Jamaluddin dan Intan perlu menjalani tempoh edah selama kira-kira tiga bulan bermula tarikh lafaz cerai dibuat

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI