Berita

Tyra Kamaruzzaman Tumpang Bangga, Lihat Usaha & Komitmen Suami Siapkan ‘Look’ Hussain & KLFW – “Dia Lah Yang Pergi Cari Kain, Pergi Produksi.”

Share

Usahawan dan pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman, menitipkan dedikasi dan penghargaan terhadap komitmen suaminya yang juga pereka fesyen, Emran Rijal, dalam menyiapkan busana khas buat peserta Big Stage Rocketfuel, Hussain.

Menurut Tyra, suaminya itu hanya mempunyai tempoh singkat untuk menyiapkan setiap rekaan memandangkan konsep dan tema persembahan hanya akan diketahui pada pertengahan minggu sebelum konsert berlangsung.

“Saya ingin memberi kredit kepada yang sepatutnya. Tidak kisahlah apa orang lain nak katakan, tapi saya sendiri nampak betapa kuatnya dia berusaha untuk hasilkan sebuah ‘look’ pada setiap minggu.

“Kebiasaanya, dia hanya akan mengetahui konsep dan tema persembahan pada Rabu, dan maknanya dia ada dalam empat hari sahaja untuk menyiapkan baju. Semuanya ‘custom made’,” kongsi Tyra.

Perkara itu dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

 

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/tyara-binti-emran-nama-anak-sulung-tyra-kamaruzzaman/

Turut Siapkan Koleksi KLFW

Dalam hantaran sama, Tyra memaklumkan Emran merupakan individu yang menguruskan proses penghasilan busana iaitu bermula daripada pemilihan kain, sehinggalah perbincangan bersama pihak produksi.

Tambahnyq lagi, Emran turut berdepan cabaran membahagikan masa bagi menyiapkan busana mingguan untuk konsert Big Stage Rocketfuel.

Ini kerana, dia juga perlu memberi komitmen terhadap penyediaan koleksi sempena acara fesyen tahunan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), tidak lama lagi.

“Dia lah yang pergi cari kain, dia yang pergi produksi.

“Dia yang buat semua termasuklah perlu membahagikan masa untuk menghabiskan rekaan untuk koleksi KLFW.

Proud is an understatement,” tulisnya sambil disusuli dengan emoji berbentuk hati.

Untuk rekod, Tyra dan Emran mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2024 dan perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Tyara dan Elaira.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Nurdini Rosliza