Nampaknya pelakon filem Kau Yang Satu, Izara Aishah telah bertindak untuk menutup ruangan komen di laman Instagram beberapa bulan yang lalu.

Bagaimanapun, Izara Aishah telah berkongsi perasaannya di laman sosial Twitter berkata dia masih mempunyai pengaruh kuat di media sosial walaupun telah berbuat demikian.

Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 25, ini berkata, apa yang dilakukannya kini masih mendapat liputan media dan perhatian masyarakat biarpun jarang mengemaskini laman sosial.

‘Tutup Ruang Komen Pun Masuk Berita Merata-rata’ Izara Buktikan Masih Relevan

IKLAN

“Tutup ruang komen pun masuk berita merata-rata okay. Jangan main-main dengan saya. Masih tidak mahu ambil saya berlakon kerana saya tidak aktif sosial media?

 

 

“Bila saya bercakap sesuatu orang akan dengar, lihat berapa banyak liputan saya dapat untuk apa yang saya lakukan,” tulisnya di laman tersebut.

‘Tutup Ruang Komen Pun Masuk Berita Merata-rata’ Izara Buktikan Masih Relevan

Terdahulu, dia mendakwa dia tidak diterima berlakon kerana kurang aktif di media sosial.

IKLAN

Disebabkan hal itu, dia juga meluah perasaannya yang terkilan apabila media sosial diutamakan daripada bakat.

IKLAN

Dalam masa sama, menerusi Instastory terbaru Izara, dia telah memuat naik gambar yang bertulis “I’m gonna annoy you with my karut post. Dont take away my passion stop ruining our industry’.

‘Tutup Ruang Komen Pun Masuk Berita Merata-rata’ Izara Buktikan Masih Relevan

Nampaknya Izara mahu membuktikan dia masih aktif di media sosial demi meneruskan minatnya sebagai seorang pelakon. Tapi bagi MH bakat perlulah diutamakan, barulah lakonan itu berkualiti.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI