Pelakon veteran Hollywood, Mickey Rourke, kini berdepan satu lagi episod getir dalam hidupnya apabila dilaporkan berisiko diusir daripada kediaman sewa di Los Angeles susulan kegagalan melunaskan tunggakan sewa berjumlah lebih USD59,000 atau kira-kira RM240,000.
Menurut laporan portal People, notis pengusiran telah diserahkan kepada aktor berusia 73 tahun itu pada pertengahan Disember lalu selepas beliau didakwa gagal membayar sewa selama beberapa bulan. Notis tersebut memberi tempoh singkat untuk menjelaskan tunggakan sebelum tindakan lanjut diambil oleh pemilik rumah.
Difahamkan, kediaman yang disewa Rourke merupakan sebuah banglo gaya Sepanyol dengan tiga bilik tidur yang terletak di kawasan strategik Los Angeles. Rumah berkenaan pada awalnya disewa dengan kadar sekitar USD5,200 sebulan sebelum meningkat sehingga USD7,000, sekali gus menyumbang kepada jumlah tunggakan yang besar.
Ads
Keadaan menjadi lebih rumit apabila pemilik rumah turut memfailkan tuntutan tambahan melibatkan kos guaman serta ganti rugi lain, menjadikan isu ini bukan sekadar masalah sewa tertunggak, malah berpotensi berlarutan ke peringkat mahkamah.
Ketika muda, Mickey antara pelakon Hollywood yang dlabel sebagai ‘heartthrob’. Bukan sahaja tampan bahkan berbakat besar.
Susulan tekanan tersebut, wakil pengurusan Rourke dilaporkan telah melancarkan kempen derma awam menerusi platform GoFundMe dengan sasaran mengumpul dana bagi menampung tunggakan sewa dan menstabilkan semula keadaan kewangannya. Kempen itu dilaporkan menerima sambutan awal daripada peminat dan rakan industri.
Ads
Sementara proses undang-undang berjalan, Rourke dikatakan tidak lagi menetap di rumah sewa berkenaan dan kini menginap sementara di sebuah hotel di kawasan West Hollywood. Beberapa barangan peribadi miliknya juga dilaporkan telah dipindahkan keluar.
Ads
Situasi terbaharu ini sekali lagi membuka perbincangan mengenai realiti pahit yang dihadapi segelintir selebriti veteran, di sebalik glamor dan kejayaan yang pernah dikecapi suatu ketika dahulu.
Untuk rekod, Mickey Rourke merupakan antara bintang besar Hollywood era 1980-an. Beliau pernah meraih Anugerah Golden Globe dan BAFTA pada tahun 2009 menerusi lakonannya sebagai Robin Ramzinski dalam filem The Wrestler.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyayi, Erra Fazira mencuri perhatian peminat apabila berkongsi momen istimewa bersempena hari kelahiran suaminya, Ezwan Zain menerusi satu hantaran di Instagram, pada Sabtu.
Apa yang lebih menyentuh hati, pasangan bahagia itu kini sedang berada di Tanah Cuci bagi menunaikan ibadah umrah, tidak lama selepas mendirikan rumah tangga pada 12 Disember lalu.
Raik Hari Jadi Di Tanah Suci
Dalam perkongsian berkenaan, Erra dalam tulisannya menzahirkan rasa syukur kerana dapat sama-sama meraikan ulang tahun kelahiran suami dalam suasana penuh keberkatan.
“Alhamdulillah… Meraikan hari kelahiranmu di tanah suci AlMunawwarah. Kedamaian di setiap penjuru terasa lebih sempurna.
“Moga dikau tetap menjadi yang terindah sehingga ke nafas terakhir. Selamat ulangtahun suamiku,” tulisnya pada ruang kapsyen.
Meninjau ke ruang komen, rata-rata pengikut turut mengharapkan yang terbaik seterusnya menitipkan ucapan doa buat pasangan berkenaan agar rumah tangga yang dibina terus dilimpahi rahmat serta kebahagiaan berpanjangan.
“Happy birthday, moga hingga hujung nyawa.”
“Cara pandangan si suami betul-betul mendalam, sayang sangat tu. Ya Allah, Kau berkatilah pasangan ini dengan penuh kasih sayang hingga akhir hayatnya.”
“Semoga Allah pelihara rumah tangga ini hingga ke syurga.”
“Nangis kita, semoga kekal hingga ke syurga.”
“Semoga berbahagia hingga ke syurga keduanya.”
Imbas kembali, Erra selamat mendirikan rumah tangga bersama Ezwan yang juga seorang usahawan pada 12 Disember lalu di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Selangor.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Januari lalu bukan sekadar menandakan tiga dekad kegemilangan Biduanita Negara.
Malah ia turut mencipta detik bermakna buat pereka fesyen dari Melaka, Bianca Bella, apabila busana songket rekaan mereka dipilih untuk digayakan pada segmen penutup konsert yang menghimpunkan lebih 65,000 penonton itu.
Segalanya bermula dengan satu mesej WhatsApp, dua bulan sebelum konsert berlangsung, apabila pasukan Bianca Bella menerima khabar daripada pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak, yang meminta mereka mencari material songket dengan warna hijau sebagai pilihan utama.
“Kami benar-benar tidak sangka. Pada saat itu, kami sedar ini bukan busana biasa, ini adalah busana untuk satu sejarah besar,” kongsi Pengasas Bersama Bianca Bella, Amirul Safwan Nordin.
Menurutnya, selepas pertemuan khas bersama Siti Nurhaliza dan Rozi di pejabat, proses mereka busana dimulakan dan ia merupakan hasil idea bersama dengan matlamat jelas untuk menampilkan kelainan berbanding persalinan terdahulu.
Amirul Safwan menambah, konsep rekaan busana itu mengambil inspirasi daripada pakaian tradisi Puteri Perak yang dipadankan dengan sentuhan serta elemen ‘Miss World’, menggunakan material songket tempatan dengan perincian manik jahitan tangan.
“Paling penting potongan yang kami siapakan sesuai dengan pergerakan Siti Nurhaliza yang perlu bergerak dengan tarian dan aksi di pentas,” katanya.
Persiapan busana berkenaan mengambil masa hampir sebulan, dengan seluruh pasukan Bianca Bella bekerja tanpa henti sehingga ke hari konsert.
Tekanan tersebut diakui besar, lebih-lebih lagi apabila busana itu dipilih untuk segmen penutup, segmen paling dinanti dan paling diingati oleh peminat.
“Ini konsert 30 tahun perjalanan seni TokTi. Persoalan ‘boleh ke kami buat?’ sentiasa bermain di fikiran. Ada malam kami langsung tak lena tidur memikirkannya,” katanya lagi.
Bagaimanapun, segala kegusaran terlerai apabila persalinan songket itu menerima pujian sewaktu raptai penuh.
Lebih manis, suami Siti iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turut memuji sendiri busana tersebut, menyifatkan material, rekaan dan perinciannya tampak sangat mewah serta menyerlah di atas pentas gergasi berkenaan.
Amirul Safwan menambah, kemuncak sebenar tiba pada malam konsert apabila Siti Nurhaliza menyarungkan persalinan songket hijau itu pada segmen penutup dan melakukan aksi lompat keluar ke atas pentas, satu momen spontan yang menjadi bualan hangat peminat serta tular di media sosial.
Baginya, busana tersebut bukan sahaja mengiringi detik penamat konsert, malah menjadi saksi kepada satu momen ikonik dalam sejarah kerjaya Biduanita Negara.
“Melihat rekaan kami dipakai pada detik penutup dan merakam momen itu secara langsung di hadapan puluhan ribu penonton adalah sesuatu yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.
“Malah saya dan pasukan yang terdiri daripada 10 orang semuanya masih terasa bagaikan mimpi idola yang kami lihat ketika masih budak hingusan kini menyarung baju yang kami siapkan dan kami menjadi sebahagian dari episod kerjaya seni penyanyi nombor satu negara,” katanya.
Bianca Bella turut berkongsi satu kisah bermakna yang menggambarkan keperibadian Siti Nurhaliza di sebalik kemegahan pentas.
Menurut mereka, penyanyi Menamakanmu Cinta itu sendiri pernah menawarkan untuk membawa mesin jahit dari rumah bagi memudahkan sebarang kerja alterasi pada hari konsert.
“Tak mudah seorang Biduanita Negara sanggup bawa mesin jahit sendiri ke belakang pentas. Itulah sebabnya beliau disayangi semua,” ceritanya.
Untuk rekod, butik Bianca Bella ditubuhkan pada tahun 2022 dan beroperasi sepenuhnya di Duyung, Melaka.
Nama mereka mula menjadi perhatian selepas menghasilkan persalinan merah untuk Siti Nurhaliza sempena Tahun Melawat Melaka 2024 menerusi persembahan Senandung Anak Melaka dan Kurik Kundi.
Momen tersebut menjadi tular dan membuka pintu kepada pelbagai tawaran lain, termasuk busana songket untuk Konsert Legacy 30 serta beberapa video muzik.
Kini, Bianca Bella sedang merancang untuk memperkenalkan koleksi songket moden khas untuk bakal pengantin, selain koleksi RTW nikah yang masih dalam peringkat perancangan.
Harapan mereka agar setiap rekaan yang dihasilkan untuk Siti Nurhaliza terus diterima baik oleh peminat, selain merealisasikan impian membuka cawangan di luar Melaka suatu hari nanti.
“Kami berterima kasih kepada TokTi, Kak Rozi dan seluruh pasukan Bianca Bella. Ini bukan sekadar projek, ini adalah satu sejarah yang akan kami kenang sepanjang hidup,” katanya.
Amirul Safwan turut berkongsi pengalaman dan momen menyiapkan busana tersebut menerusi hantaran di media sosial akaun Bianca Bella yang menerima reaksi positif daripada peminat serta pelanggan.
Dalam perkongsian itu, dia meluahkan rasa terharu meskipun masih menganggap diri mereka bertatih dalam industri fesyen, namun kepercayaan yang diberikan Siti Nurhaliza disifatkan sebagai satu penghargaan besar buat jenama tersebut.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mengambil keputusan untuk berhijab pada Oktober tahun lalu, pelakon Amyza Aznan menyifatkan segala yang berlaku sebagai perancangan Allah yang sangat indah, selain mengakui hidayah boleh hadir pada bila-bila masa.
Menurut Amyza, ia hadir secara spontan apabila hatinya terdetik untuk mula berhijab tanpa sebarang paksaan atau dorongan daripada sesiapa.
“Ya, saya memutuskan untuk berhijab sejak bulan Oktober tahun lalu. Saya memilih untuk berhijab tanpa dorongan sesiapa.
“Bila saya mula berhijab, baru saya sedar, jika Allah berkehendak, sekelip mata sahaja ia akan terjadi. Saya lalui sendiri pengalaman itu.
“Hari sebelumnya, saya tak terfikir pun esoknya saya akan pakai tudung. Segalanya terjadi begitu sahaja,” katanya kepada MH.
Amyza berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media kempen Ramadan dan Raya TV3, Jwanjih Drama! di GSC Suria KLCC, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Dalam perkembangan kerjaya, Amyza bakal muncul menerusi drama terbaharu berjudul Anugerah Tanpa Cahaya bersama barisan pelakon seperti Azhan Rani, Puteri Balqis dan Zairi Aziz.
Drama tersebut dijadualkan untuk ditayangkan di aplikasi Tonton bermula 16 Mac ini.
Mengulas lanjut, pelakon ini turut menafikan dakwaan kononnya keputusan untuk berhijab dibuat susulan dugaan dan ujian hidup yang pernah dilaluinya sebelum ini.
“Ada yang kata saya memilih untuk berhijab disebabkan dugaan dan ujian yang menimpa saya sebelum ini. Namun, itu tidak benar.
“Yang membuatkan saya nak berhijab adalah kerana saya ingin diri saya nampak mahal.
“Anak-anak juga nak saya nampak mahal. Saya tak nak berkongsi sangat sebab-sebab saya berhijab. Saya takut jika banyak berkongsi nanti, akan timbul banyak perbalahan pula.
“Pada zaman ini, semua orang bebas memberikan pendapat. Jadi, saya memutuskan untuk tidak berkongsi sebab utama saya memutuskan untuk berhijab,” kongsinya lagi.
Pelakon drama Teratak Kasih Salina itu turut tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi perasaan selepas membuat keputusan tersebut.
“Saya tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan itu. Saya dapat rasakan yang Allah sayang saya. Saya jadi tak terkata,” katanya sambil menitiskan air mata.
Dalam masa sama, Amyza meluahkan rasa syukur apabila kerjaya lakonannya tidak terjejas walaupun tampil dengan imej berhijab.
“Setelah saya berhijab, alhamdulillah tawaran kerja itu sentiasa ada. Bercakap soal batasan pula, ketika saya berlakon sebelum berhijab lagi, saya tak banyak berlakon adegan bersentuhan yang keterlaluan.
“Jika berlakon bersama pelakon lelaki yang memerlukan sentuhan, saya akan pegang di bahagian lengan (berlapik). Melainkan ada adegan-adegan kasar. Itu memang tuntukan kerja.
“Selepas saya berhijab, pelakon-pelakon lain juga mudah berikan kerjasama. Mereka juga tahu menjaga batas,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!