Berita

Tun Dr. Mahathir Iringi Buat Kali Terakhir… Jenazah Tun Dr. Siti Hasmah Selamat Dikebumikan, Ribuan Rakyat Hadir Beri Penghormatan Terakhir

Share

Jenazah isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, pada kira-kira jam 6.10 petang Isnin.

Majlis pengebumian berlangsung dalam suasana tenang dan penuh hiba dengan kehadiran kira-kira ribuan orang terdiri daripada ahli keluarga, tokoh politik, saudara-mara serta rakyat Malaysia yang hadir memberikan penghormatan terakhir.

Suami kepada Allahyarhamah yang juga Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir turut mengiringi jenazah buat kali terakhir.

Turut kelihatan hadir ialah beberapa pemimpin politik, delegasi luar negara, selebriti serta orang ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir.

Antara selebriti yang turut memberikan penghormatan terakhir termasuklah pengrah, Datuk Afdlin Shauki, penyanyi Haiza Hanafi dan Ziela Jalil.

Jenazah Disolatkan Selepas Solat Asar

Sebelum itu, jenazah Allahyarhamah dibawa ke Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan untuk urusan pengurusan jenazah serta penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarhamah kemudiannya disolatkan selepas solat Asar sebelum dibawa ke Pusara Negara untuk urusan pengebumian.

Pergi Pada Usia 100 Tahun

Terdahulu, Tun Dr Hasmah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi Isnin.

Berita duka itu disahkan sendiri anak kepada Allahyarhamah iaitu Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Dr Siti Hasmah meninggalkan tujuh orang anak serta ahli keluarga yang lain.

Allahyarham merupakan antara tokoh wanita paling disegani di negara ini dan dikenali atas sumbangannya dalam bidang perubatan serta khidmat kemasyarakatan.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
Aizam Manaf