Tukar Kerjaya? Mawi Dipilih Jadi Penyampai Radio

Lama betul tidak mendengar juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) menyanyi solo di kaca tv.

Namun, bagi peminat Asmawi Ani atau Mawi yang kini semakin dikenali sebagai pelakon bakal menukar kerjayanya sebagai penyampai radio.

Nampaknya peminat Mawi dapat mendengar suara pelantun lagu Kian itu melalui radio.

Mawi bakal mengendalikan radio yang dikenali Zayan #IndahdiHati yang menyinari ruang angkasa tanah air mulai 2 Oktober ini.

IKLAN

Untuk pengetahuan, Zayan #IndahdiHati ialah siaran pengisian segar untuk golongan Muslim yang bersifat kontemporari dengan menghidangkan pelbagai kandungan unik dan berteraskan nilai semasa Islam progresif.

Bahkan paling penting ialah aspek pemilihan muzik yang ditawarkan stesen termuda ini adalah merangkumi pelbagai lagu tempatan dan antarabangsa terbaik dengan berunsurkan mesej ketuhanan dan nilai murni.

Dalam masa sama, bekas penyampai berita dan fesyen Lin Ariffin, Anas, Raqib serta pengacara majlis berpengalaman luas bidang radio, Falyq bakal bersama Mawi di arena penyiaran radio tersebut.

Terdahulu, Astro Radio telah menganjurkan Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat dengan meraikan sekumpulan kanak-kanak dari Pusat Jagaan Nuri, Setapak di ibu negara sempena tarikh Maal Hijrah 1 Muharam 1439.

IKLAN

Pada majlis itu, gergasi rangkaian penyiaran tempatan tersebut berkongsi berita baik dengan pihak media dengan mengumum bakal melancarkan stesen radio tersebut.

Sumber : facebook Zayan #IndahdiHati