“Tuhan Beri Dugaan Sebab Dia Tahu Kita Mampu Dan…,” – Intan Liana Komen Luahan Sayu Bella Astillah

Share

Sejurus tularnya foto selfie kurang sopan yang melibatkan suaminya, iaitu penyanyi dan pelakon Aliff Aziz bersama seorang gadis remaja sejak awal semalam, Bella Astillah dilihat turut memberikan reaksi terhadap segala kontroversi yang berlaku.

Meminta agar dirinya diberikan ruang, ibu kepada seorang cahaya mata ini juga turut mengucapkan terima kasih atas sokongan, terutamanya keluarga.

Perkongsian itu dibuat Bella menerusi entri Instagram yang dikemas kini.

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata peminat turut bersimpati terhadap insiden yang berlaku terhadap Bella, apatah lagi ia bukanlah satu isu yang pertama kali berlaku.

Malahan, para selebriti turut mengambil kesempatan untuk memberikan reaksi serta memberikan sokongan buat Bella agar terus kuat, termasuk Intan Liana Saleh yang ada menitipkan kata buat Bella.

Intan antara lain meminta agar Bella terus kuat dan memberitahu Dia memberikan dugaan terhadap para hambaNya yang mampu dan kuat.

Pada masa sama, ibu tunggal itu turut menyatakan apa yang berlaku itu pasti ada sebab tersendiri.

Setakat ini, entri terkini dari Bella itu telah pun menerima lebih 16,000 komen dari pengguna media sosial.

Foto: Instagram Bella, Intan Liana

IKLAN