Categories: Berita Hiburan

TTMM2: Tersingkir Mengejut Di Minggu Ketiga, Nana Mahazan & Althea Catat Markah Rendah 56.67% & Anak Ani Maiyuni Masih Nombor Satu!

Share

Selebriti Nana Mahazan dan anaknya, Althea menjadi pasangan pertama yang tersingkir daripada meneruskan saingan Talk To My Manager 2 (TTMM2) Ahad depan selepas pasangan ini mencatatkan markah terendah dalam saingan minggu ketiga, malam tadi.

Mereka hanya meraih 58.67% daripada juri menerusi persembahan Halaman Cinta, nyanyian asal Misha Omar.

Selain Nana dan Althea, turut berada dalam kelompok tiga terbawah ialah Dato’ Fazley & Fariedz Fazley yang memperoleh 60.00%, serta Adira & Anggrek dengan 59.00%.

Viviana Terus Sukses!

Sementara itu, Ani Maiyuni & Viviana sekali lagi mendahului carta dengan markah tertinggi minggu ini iaitu sebanyak 84.33%, diikuti Safura & Kim Khairii (81.67%) dan Dato’ A. Aida & Azeva (74.33%).

Kedudukan seterusnya menyaksikan Linda Jasmine & Ratu meraih 69.00%, Jamilulhayat & Hussain (65.00%), Dato’ Sri Vida & Cik B (61.33%) serta Pak Azad & Amarra dengan 60.33%.

Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie bagi minggu ketiga pula menjadi milik Safura & Kim Khairii, membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 berserta hamper sumbangan Eskayvie.

Dato’ A Aida pula diundi peminat sebagai Manager Paling Perform untuk dua minggu berturut-turut.

Program ini dikendalikan oleh pengacara Aznil Nawawi, bersama barisan juri iaitu Sarimah Ibrahim, Dato’ AC Mizaldan Ramli M.S selaku juri jemputan.

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.

Saksikan konsert TTMM2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
MH