Penyanyi Syahmi Irfan mengakui dia teringin mengikut trend penyanyi-penyanyi seangkatannya yang banyak memberikan nafas baharu terhadap lagu 90-an.

Menurut Syahmi atau nama sebenar Muhammad Syahmi Irfan Mohd Nadzri, 21, langkah seumpama itu bukan sahaja dapat merealisasikan impiannya malah secara tidak langsung menghargai penyanyi terdahulu yang popular menerusi lagu-lagu tersebut.

“Sebenarnya saya memang teringin nak bawakan lagu popular 90-an memandangkan saya sendiri membesar dengannya. Tidak dinafikan sekarang ramai penyanyi muda bawakan kembali lagu-lagu popular terdahulu.

“Bagi saya ia adalah satu cara yang bagus sebab bukan sahaja dapat merealisasikan impian kami secara tidak langsung kami dapat memberikan penghargaan kepada penyanyi-penyanyi generasi terdahulu,” katanya kepada MH.

Syahmi ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya, Lagi-Lagi Sayang di Petaling Jaya, baru-baru ini.

IKLAN

Berkongsi lebih lanjut, Syahmi berkata jika diberikan peluang dia ingin menyanyikan semula lagu malar segar nyanyian asal penyanyi Man Bai iaitu Kau Ilhamku.

“Saya suka Kau Ilhamku kerana lagu ini mempunyai banyak maksud dan melodi dia sangat sedap. Unsur-unsur macam ini memang kena dengan jiwa dan jenis genre lagu yang saya bawa.

“Lagu ini pula kekal popular sehingga sekarang. Jika generasi dahulu masih mendengar lagu Man Bai mungkin ia perkara biasa tetapi generasi muda seperti saya yang turut menggemari lagu ini memang sesuatu yang menarik kerana menandakan ia sebuah karya yang hebat,” katanya lagi.

IKLAN

Bercerita mengenai single Lagi-Lagi Sayang, Syahmi berkata dia teruja menantikan maklum balas daripada pendengar memandangkan lagu ini merupakan ciptaannya sendiri.

Melodi Lagi-Lagi Sayang dihasilkan oleh Syahmi manakala liriknya pula merupakan hasil nukilan Syahmi bersama SMSM.

IKLAN

“Saya teruja dan gementar dalam masa yang sama menantikan respon pendengar terhadap lagu ini.

“Saya harap Lagi-Lagi Sayang akan mendapat sambutan baik seterusnya membawa nama Syahmi Irfan untuk lebih dikenali dalam industri hiburan tanah air,” ujarnya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI