Pelawak dan pengacara, Jihan Muse, memilih untuk berehat sementara dari sebarang kegiatan seni kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan anak keduanya yang dilahirkan pada 6 September lalu.

Perkara itu dikongsikan pihak pengurusan yang dinaungi bintang berkenaan, Laugh Out Loud Entertainment.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Laugh Out Loud Entertainment, Abdul Afiq Abdul Wahab berkata, pihaknya selaku pengurusan Jihan memaklumkan dia kini berehat seketika.

“Perkara utama yang Jihan buat adalah keputusan untuk dia tidak bersama-sama dalam program Gegar Vaganza 9 (GV9) kerana dirinya yang masih sarat mengandung pada minggu pertama pentas saingan bermula, sekali gus menunggu masa kelahiran anak keduanya.

“Buat masa sekarang, Jihan masih berehat sepenuhnya dan memberi tumpuan kepada keluarga serta anak kedua yang baru lahir.

IKLAN

Termasuk, dia juga masih dalam tempoh berpantang ketika ini,” katanya di dalam kenyataan, lapor Harian Metro.

Abdul Afiq pada masa sama berkata, Jihan bagaimanapun rasa gembiranya ketika menyaksikan GV9 tahun ini dan sentiasa mengikuti perkembangan program itu.

IKLAN

Katanya, Jihan juga berpendapat Elly Mazlein berjaya menggalas tanggungjawab dan masih mengekalkan kemeriahan GV9 dengan cara tersendiri.

“Kak Lina berjaya meletakkan GV9 sebagai program TV yang sentiasa ‘trending’ (sohor kini) di semua platform media sosial.

IKLAN

“Jihan amat bersyukur kerana penerimaan penonton masih lagi tinggi pada tahun ini malah makin meningkat,” katanya.

Sekadar informasi, Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Ungku Hariz pada 20 Mac 2016.

Mereka juga dikurniakan cahaya mata lelaki, Ungku Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI