Selain berkongsi mengenai perjalanan seninya sehingga ke hari ini, Erra Fazira secara eksklusif turut bercerita mengenai fasa sukar bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya pada awal perceraiannya bersama Engku Emran, lebih tiga tahun lalu.
Menerusi program Di Balik Idola, bintang terkenal itu meluahkan cerita yang terbuku di hati.
“Alhamdulillah dengan jejaka E saya dianugerahkan Allah anugerah terindah, iaitu anakanda saya Engku Aleesya.
“Pertama kali dia berada di dalam dakapan saya, pertama kali mata bertentang mata mengalir air mataku. Tapi perkahwinan saya sekali lagi kecundang,” katanya seperti yang dipetik.
Sementara itu, pelakon filem Maria Mariana ini juga turut memberitahu, perkara yang paling sedih pada ketika itu ialah apabila terpaksa berpisah seketika dengan anak tersayang.
“Paling sedih bila terpisah dengan anak. Rasanya ini dugaan Allah sebab apa yang saya suka, Allah ambil. Bukan sesuatu yang sangat mudah untuk saya terima berpisah dengan anak
“Orang tak tahu..kenapa dia ni berpisah, dia tak ambil anak. Ada kisah di sebaliknya. Tidak ada ibu yang berpisah dengan anak, berkongsi. Biarlah…orang kata kita berkorban untuk kebahagiaan anak bersama bapanya,” kongsi Erra dalam linangan air mata.
“Saya tak boleh dengar, sangat sensitif bila orang bercerai kemudian bergaduh rebutkan anak. Saya sensitif sebab saya dah lalui ketika kecil, saya dipisahkan dari bapa. Jadi bila berlaku pada saya, saya berazam tidak mahu lalukan itu pada anak saya.
“Anak saya wajib terima kasih sayang daripada kedua-duanya. Walaupun salah seorang akan sakit. Jadi dalam hal ini saya sakit tidak mengapa, asalkan anak saya bahagia.
“Alhamdulillah sehingga ke hari ini, anak saya bahagia dan matang dari usianya dalam menerima keadaan ini,” katanya lagi,
Pada masa sama, Erra turut mengakui dia lebih rela untuk melihat kebahagiaan anak dengan menerima kasih sayang daripada semua pihak.
“Saya dapat bersama anak dalam seminggu tu dua hari. Sehingga ke hari ini bila terpisah dengan anak saya menangis. Ia bukan suatu yang mudah. Tetapi demi kebahagiaanmu anak, mom korbankan. Biar dia terima kasih sayang yang secukupnya.
“Saya yakin Allah itu adil. Saya yakin aturan Allah itu baik. Mungkin tak baik untuk saya tapi baik di masa hadapan,” jelas Erra panjang lebar.
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang ketika ini berada di China atas urusan kerja ada memuat naik fotonya bersama isteri, Datin Seri Norshahida.
Seperti lazimnya, penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini pastinya memberi kapsyen dan entri lucu hingga mendapat perhatian netizen.
Kisahnya, menerusi foto yang dirakam berdua sama isterinya itu, Aliff sengaja posing sambil meletakkan tangan ke bahagian perut isterinya itu.
“Sajee pose tangan mcm tu nak pujuk @shahidadherbs mengandung lagi tahun depan nak baby girl. Tapi kesian dia kata dia dah penat,” tulisnya di Instagram.
Pelakon jelita yang baru sahaja melangsungkan majlis berinai secara meriah di TheLove, Matic, Kuala Lumpur semalam mengakui rasa dihargai apabila dipertemukan dengan lelaki baru dalam hidupnya.
Sedang hitung hari untuk bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz, ibunya Eja Sandha apa menitipkan dedikasi buat anaknya itu yang turut menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-35, hari ini.
Menerusi Facebook, ibu kepada pelakon hebat itu mengakui sebak dengan ucapan yang diberikan Fasha ketika majlis berinai berlangsung. Malah kongsinya lagi kasih sayang terhadap anak dan cucu tidak pernah berubah.
“Tiada kata secantik bahasa..Tiada gmb seindah lukisan yg ingin mama mu lafazkan bersempena di hari jadi mu ank ku @fashasandha..ucapan mu utk mama yg melahirkan dirimu semalam.. di mlm berinai mu semalam telah terkesan dan telah mengugurkan air mata mama mu ini.
“Sesungguhnya mama jgk tiada sempurna utk ank2 mama semua..tetapi percaya lah kasih sayang mama terhadap semua ankanda2 dan cucunda2 tiada pernah berbelah bahagi selagi hayat di kandung badan,” tulisnya.
Sementara itu, Eja turut mengucapkan selamat berbahagia hingga ke jannah buat pasangan tersebut.
“Sebelum menjelangnya lusa 30hb March.. bersempena ank ku akan bergelar isteri kepada @itsaidilaziz disini ingat mama ucapkan agar berbahagia sehingga ke Jannah…mama mendoakan Aidil dapat memberi kasih sayang pada dirimu dan terutama kepada cucu2 mama sehingga hujung nyawa.
“semoga Allah melindungi dan memberkati kehidupan kita semua..dan di permudahkannya segalanya..Amin3 #majlisberinaiaidilfasha#aidilfasha,” kongsinya lagi.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya turut mengucapkan tahniah buat pasangan selebriti itu.
Fasha dan Aidil tampil sedondon dalam rona ungu menerusi persalinan bertemakan Melayu Klasik. Difahamkan, Fasha sekeluarganya telah pun berangkat ke kampung halamannya di Perlis.
Pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu dan isteri, Watie Hanifiah bakal menimang cahaya mata perempuan pada April depan, menerusi pembedahan Caesarean.
Khabar gembira tersebut diumumkan dalam...