Baru-baru ini, pelakon jelita Che Puan Juliana Evans atau sinonim dengan panggilan Jue telah memuat naik sekeping gambar di laman media sosial Instagram miliknya.
Pelakon yang terkenal dalam drama bersiri Kami The Series itu telah berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya bersama peminatnya.
“So happy to announce that I am actually 3 months away from motherhood! Hubby and I are so excited to be parents and been eager to share this good news with all of you! Thanks for all the wishes #alhamdulillah”tulis Jue.
MH mengucapkan tahniah kepada Jue dan suami semoga semua urusan bakal dipermudahkan.
Terdahulu, Juliana Evans telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada 30 April tahun lalu.
Foto : Instagram Juliana Evans
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selain berkongsi mengenai perjalanan seninya sehingga ke hari ini, Erra Fazira secara eksklusif turut bercerita mengenai fasa sukar bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya pada awal perceraiannya bersama Engku Emran, lebih tiga tahun lalu.
Menerusi program Di Balik Idola, bintang terkenal itu meluahkan cerita yang terbuku di hati.
“Alhamdulillah dengan jejaka E saya dianugerahkan Allah anugerah terindah, iaitu anakanda saya Engku Aleesya.
“Pertama kali dia berada di dalam dakapan saya, pertama kali mata bertentang mata mengalir air mataku. Tapi perkahwinan saya sekali lagi kecundang,” katanya seperti yang dipetik.
Sementara itu, pelakon filem Maria Mariana ini juga turut memberitahu, perkara yang paling sedih pada ketika itu ialah apabila terpaksa berpisah seketika dengan anak tersayang.
“Paling sedih bila terpisah dengan anak. Rasanya ini dugaan Allah sebab apa yang saya suka, Allah ambil. Bukan sesuatu yang sangat mudah untuk saya terima berpisah dengan anak
“Orang tak tahu..kenapa dia ni berpisah, dia tak ambil anak. Ada kisah di sebaliknya. Tidak ada ibu yang berpisah dengan anak, berkongsi. Biarlah…orang kata kita berkorban untuk kebahagiaan anak bersama bapanya,” kongsi Erra dalam linangan air mata.
“Saya tak boleh dengar, sangat sensitif bila orang bercerai kemudian bergaduh rebutkan anak. Saya sensitif sebab saya dah lalui ketika kecil, saya dipisahkan dari bapa. Jadi bila berlaku pada saya, saya berazam tidak mahu lalukan itu pada anak saya.
“Anak saya wajib terima kasih sayang daripada kedua-duanya. Walaupun salah seorang akan sakit. Jadi dalam hal ini saya sakit tidak mengapa, asalkan anak saya bahagia.
“Alhamdulillah sehingga ke hari ini, anak saya bahagia dan matang dari usianya dalam menerima keadaan ini,” katanya lagi,
Pada masa sama, Erra turut mengakui dia lebih rela untuk melihat kebahagiaan anak dengan menerima kasih sayang daripada semua pihak.
“Saya dapat bersama anak dalam seminggu tu dua hari. Sehingga ke hari ini bila terpisah dengan anak saya menangis. Ia bukan suatu yang mudah. Tetapi demi kebahagiaanmu anak, mom korbankan. Biar dia terima kasih sayang yang secukupnya.
“Saya yakin Allah itu adil. Saya yakin aturan Allah itu baik. Mungkin tak baik untuk saya tapi baik di masa hadapan,” jelas Erra panjang lebar.
Nampaknya Farah Lee sudah bertemu pengganti? Semua berlaku apabila dia memuat naik swafoto bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Arthur Rashid.
Bekas isteri kepada Ally Iskandar ini menerusi ruangan kapsyen memohon restu netizen dengan kata-kata “Jadi macam mana ni korang.? Restu ke tak.? #daddybarumatabiru #kenacepat#beforemareamlangkahbendul ? @arthurmilroy
Inilah yang dikatakan demam Konsert Siti Nurhaliza On Tour apabila sepotong video yang merakamkan aksi kartun Ultraman menari lenggok lagu berjudul Hati Kama mulai viral di media sosial.
Malah ada yang saling berkongsi video tiga entiti super hero itu menari-nari.
Sementara itu, video yang dikongsikan Tok Ti itu telah membuatkan netizen terhibur dengan video berdurasi 15 saat itu.
Pelakon Evertts Gomes tampil memberi penjelasan berhubung satu hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads, susulan kekeliruan mengenai ejaan namanya yang dikaitkan dengan selebriti antarabangsa, Selena Gomez.