Penyanyi Tom menyangkal dakwaan yang menuduhnya merampas Fuad Rahman daripada bekas isterinya.

Menurut Tom atau nama sebenar, Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, bekas isteri Fuad turut mengetahui mengenai hubungan mereka sebelum kedua-dua penyanyi itu tampil membuat pendedahan mengatakan mereka kini sedang bercinta.

“Tak tahulah nak cakap apa. Saya kenal dia sebelum sertai Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9). Baru sekarang ini kami kembali bercinta.

“Hubungan dia dan bekas isteri dah berakhir, cuma ada beberapa urusan belum selesai.

“Bekas isterinya pun tahu hubungan kami dan saya bukan penyondol,” katanya.

IKLAN

Isu berkenaan timbul apabila seorang individu memberi komen pada ruangan sebuah portal hiburan mendakwa Fuad masih berstatus suami orang.

Dalam kenyataan yang diberikan, individu tersebut turut meminta bukti fail perceraian Fuad dengan bekas isteri di mahkamah.

Mengetahui hubungan Fuad dan bekas isteri bermasalah, Tom memberitahu dia sudi menerima cinta kekasihnya itu untuk memberi sokongan ketika berada di waktu sukar.

IKLAN

“Sejak jumpa di GV9, hubungan dia dengan isteri memang dah bermasalah. Saya kesian melihat dia melalui waktu sukar.

“Saya juga tengok bukti perbualan hubungan mereka dilanda masalah ketika itu.

“Saya terima untuk kembali bercinta kerana ikhlas mahu menjaga dia. Dia perlukan seorang teman,” katanya.

IKLAN

Tom dan Fuad sebelum ini sama-sama berkongsi berita gembira cinta mereka kembali bertaut setelah sekian lama berpisah.

Mereka pernah bercinta pada tahun 2005 namun hubungan tersebut terputus pada 2010 apabila Fuad ditahan pihak polis dan dijatuhkan hukuman penjara akibat penyalahgunaan dadah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI