Pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham mengakui berasa amat bengang selepas mengetahui ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan videonya bagi mempromosikan aktiviti perjudian secara atas talian.

Jelas Issey, video yang telah disunting seolah-olah menampakkan dirinya sedang bermain permainan judi online itu sebenarnya merupakan salah sebuah konten yang telah dimuat di akaun Tik Tok rakan penyampai iaitu Fizi Ali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by issey (@isseyfazlisham)

“Assalamualaikum, hari ini saya dapat tahu satu perkara, saya telah difitnah. Ada pihak yang tak bertanggungjawab entah bangang mana dia dah pakai video saya untuk promosikan video judi online.

“Ya Allah…Allahuakbar, video tu sebenarnya daripada tiktok Fizi Ali. Dia sengaja rakam video tu semasa kami di bekerja konti Suria. Kemudian dia upload dekat akaun tiktok dia,” tulisnya.

IKLAN

“Tolong Sampaikan Kepada Tauke Judi Mesin, Fitnah Besar Ni,” – Guna Video Promosi Judi, Issey Fazlisham Bakal Ambil Tindakan Jika… “Tolong Sampaikan Kepada Tauke Judi Mesin, Fitnah Besar Ni,” – Guna Video Promosi Judi, Issey Fazlisham Bakal Ambil Tindakan Jika…

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon sitkom JKK itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Pada masa sama, Issey juga turut memberikan amaran kepada pemilik syarikat berkenaan untuk menurunkan video tersebut dengan kadar segera sebelum tindakan undang-undang bakal diambil.

IKLAN

Katanya lagi, perbuatan tidak bertanggungjawab ini boleh disifatkan sebagai fitnah terbesar buat dirinya kerana ia boleh menjejas nama baiknya sendiri.

“Lepas tu, individu tu pulak yang guna video ni. Jadi saya di sini nak minta jasa baik anda semua untuk tolong sampaikan video ini kepada tauke judi mesin atau judi online ni.

“Tolong turunkan video ini dengan segera. Kalau tidak saya terpaksa bawa perkara ini ke muka pengadilan. Ini fitnah besar ni. Judi ni bukan benda main-main. Muka saya tu,” jelasnya lagi.

IKLAN

“Tolong Sampaikan Kepada Tauke Judi Mesin, Fitnah Besar Ni,” – Guna Video Promosi Judi, Issey Fazlisham Bakal Ambil Tindakan Jika… “Tolong Sampaikan Kepada Tauke Judi Mesin, Fitnah Besar Ni,” – Guna Video Promosi Judi, Issey Fazlisham Bakal Ambil Tindakan Jika…

Meninjau diruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keji tersebut selain turut menasihati Issey supaya membawa perkara ini ke muka pengadilan.

“Tolong Sampaikan Kepada Tauke Judi Mesin, Fitnah Besar Ni,” – Guna Video Promosi Judi, Issey Fazlisham Bakal Ambil Tindakan Jika… “Tolong Sampaikan Kepada Tauke Judi Mesin, Fitnah Besar Ni,” – Guna Video Promosi Judi, Issey Fazlisham Bakal Ambil Tindakan Jika… “Tolong Sampaikan Kepada Tauke Judi Mesin, Fitnah Besar Ni,” – Guna Video Promosi Judi, Issey Fazlisham Bakal Ambil Tindakan Jika…

Sumber: Instagram Issey Fazlisham

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI