Baru-baru ini, satu bencana gempa bumi berukuran 7.7 magnitud turut mencetuskan tsunami kuat di Donggala, Sulawesi Tengah pada Khamis lalu.

Susulan itu, titipan doa dan bantuan diberikan oleh netizen terutamanya para artis Malaysia yang turut sama bersimpati dengan mangsa-mangsa bencana itu.

“ANGKA KORBAN BENCANA DI SULAWESI TERUS MENINGKAT. Sekurang-kurangnya 832 mangsa dilaporkan terkorban manakala 350 ribu penduduk dilaporkan hilang tempat tinggal susulan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Kota Palu dan Donggala, Sulawesi.

 

“Menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia angka korban dijangka terus meningkat disebabkan ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan.

 

“Merujuk data Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizika (BMKG) Indonesia pula, sebanyak 201 gempa susulan bermagnitud 2.9 hingga 6.2 Skala Richter dicatatkan berlaku sehingga 10 pagi ini.

 

“Fikir Kemanusiaan, Fikir ISLAMIC RELIEF! #islamicrelief #islamicreliefmalaysia #pray4sulawesi,” tulis Ashraf Muslim.

View this post on Instagram

[ #BERITATERKINI ] ANGKA KORBAN BENCANA DI SULAWESI TERUS MENINGKAT Sekurang-kurangnya 832 mangsa dilaporkan terkorban manakala 350 ribu penduduk dilaporkan hilang tempat tinggal susulan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Kota Palu dan Donggala, Sulawesi. Menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia angka korban dijangka terus meningkat disebabkan ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan. Merujuk data Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizika (BMKG) Indonesia pula, sebanyak 201 gempa susulan bermagnitud 2.9 hingga 6.2 Skala Richter dicatatkan berlaku sehingga 10 pagi ini. [ Sumber: Awani & Bernama ] [ Kredit Foto: Awani ] Fikir Kemanusiaan, Fikir ISLAMIC RELIEF! #islamicrelief #islamicreliefmalaysia #pray4sulawesi

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

“Salam semua. Mari kita sejenak bersama titipkan doa buat saudara kita yg ditimpa gempa bumi dan Tsunami di Sulawesi, Indonesia dan kawasan sekitarnya semoga kalian semua diberikan kekuatan dan ketabahan dan berada dalam lindungan dan rahmat-Nya. Al-Fatihah.

 

“Ya Allah,Tiada kemudahan datang tanpa pertolongan-Mu. Mohon berikan pertolongan-Mu dan kuatkan saudara saudara kami di Sulawesi. Aamin,” tulis Siti Elizad pula.

IKLAN

“Sentiasa dalam doa kami. #pray4sulawesi #indonesia,” tulis kumpulan nasyid, UNIC.

Sebelum ini, kecoh di media sosial juga apabila ada pendakwah bebas yang mendakwa bencana yang menimpa Sulawesi berpunca daripada maksiat yang berleluasa di atas muka bumi ini.

IKLAN

Susulan itu, netizen mempersoalkan kenyataan Ustaz tersebut yang dilihat tiada kaitan dan sekadar menaikkan kemarahan orang ramai sahaja.

IKLAN

“Titipkan Doa Buat Saudara Kita Yang Ditimpa Bencana,” – Doa Selebriti Buat Mangsa Gempa Bumi Sulawesi

Alahai, pada MH…di saat saudara-saudara kita ditimpa bencana,seeloknya kita menghulurkan bantuan, jika tidak mampu dengan wang ringgit, titipkan doa sahaja pun tidak mengapa. Apa-apapun, pray for Sulawesi!

Foto.Instagram: IG Artis

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI