
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersyukur dan terharu apabila jualan tiket Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, Passion, Sincere And Love mencatat sambutan luar biasa daripada peminat.
Menurut Siti, dia tidak menyangka konsert berskala super mega itu mendapat respon luar jangkaan, apabila sebanyak 58,000 tiket telah terjual, dan kini hanya tinggal kira-kira 2,000 tiket bagi kategori VIP dan Platinum.
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana jualan tiket konsert hampir habis terjual. Setakat ini, lebih 58,000 tiket telah dibeli peminat.
“Hanya kira-kira 2,000 tiket bagi kategori VIP dan Platinum sahaja yang masih tinggal, itu pun sedikit sahaja,” ujarnya.
Siti bagaimanapun tidak menafikan dia rasa gementar memandangkan konsert kali ini bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, lokasi yang lebih besar berbanding sebelum ini.
“Serius, saya sebenarnya gementar dan beritahu pada Kak Rozi (pengurus), terdetik juga boleh ke sebab ‘back to back’ juga konsert telah dijayakan di Malaysia.
“Dan kali ini, kita pilih Stadium Nasional dan bukan Stadium Axiata.
“Alhamdulillah, tak sampai sebulan maknanya dalam dua minggu sahaja tiket sudah terjual lebih daripada 50 peratus dan itu membuatkan saya lagi gementar,” katanya.


Latihan Bermula November Ini
Ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaharanya, Gema Bumantara, baru-baru ini, Siti turut menjelaskan dia cuba menyampaikan persembahan berkualiti demi memastikan peminat berpuas hati dengan pengalaman menonton konsert bersejarah itu.
“Insya-Allah, saya janji akan berikan yang terbaik dan tidak menghampakan peminat.
“Yang penting, penonton datang rasa puas hati, sistem bunyi yang bagus, beri kepuasan untuk mereka yang menonton konsert saya dan pilihan lagu yang menepati cita rasa peminat,” katanya.
Tambahnya lagi, konsert berdurasi hampir tiga jam itu bakal menampilkan lebih 25 buah lagu popular, dan sesi latihan akan bermula minggu kedua November ini.
Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza: Passion, Sincere And Love dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Januari depan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
@mediahiburanofficial Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersyukur dan terharu apabila jualan tiket Konsert ‘Legacy 30 Siti Nurhaliza, Passion, Sincere And Love’ mencatat sambutan luar biasa daripada peminat. Menurut Siti, dia tidak menyangka konsert berskala ‘super mega’ itu mendapat respon luar jangkaan apabila sebanyak 58,000 tiket telah terjual dan kini hanya tinggal kira-kira 2,000 tiket bagi kategori VIP dan Platinum 👏🏼♥️ #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




