Vokalis kumpulan Search, Datuk Amy terkilan dengan cara layanan bekas anggota Kid dan Din yang didakwa tidak telus dengan vokalis sementara mereka yang juga penyanyi asal Indonesia, Denden Gonjalez.
Menurut Amy, Denden sebenarnya tidak tahu mengenai kehadirannya ke Malaysia adalah untuk menggantikan posisinya selaku vokalis.
“Denden nak sangat berjumpa saya. Dia nak minta maaf. Denden bagitahu saya, ketika dia datang ke Malaysia, dia tidak tahu yang saya sudah keluar daripada Search.
“Sewaktu Denden di Bulgaria, mereka (Kid & Din) tidak bagitahu hal ini. Selama Denden di sini, dia selalu bertanya di mana Amy? Tapi mereka hanya menjawab Amy sibuk.
“Sampailah satu hari dia nampak gambar saya di Facebook sedang buat persembahan. Ketika itu, baru mereka bagitahu Denden yang saya sudah keluar daripada band.
“Mereka kata, saya sudah tua dan tidak boleh menyanyi lagi. Jadi, Denden rasa dirinya diperangkap. Impiannya datang ke Malaysia untuk berkongsi pentas dengan saya,” katanya kepada MH.
Ads
Amy ditemui pada majlis Jamuan Hari Raya Go Search International di Villa Zamara, Sungai Penchala, di ibu negara, baru-baru ini.
Pada masa sama, Amy turut mendedahkan yang Denden sebenarnya sudah pun keluar daripada band selepas konsert kedua.
“Denden bagitahu saya lagi, ketika konsert kedua mereka di Penang, dia sebenarnya sudah pun keluar daripada band. Selebihnya, kehadiranya bersama band tersebut hanya sekadar menolong sahaja.
“Kata Denden lagi, dirinya rasa tidak dihargai dan mereka tidak berterima kasih kepadanya.
Ads
“Malah, Denden agak terkilan apabila Din memperkenalkannya sebagai penyanyi jemputan. Padahal pada awalnya, mereka maklumkan yang Denden bakal menjadi vokalis band,” kongsi Amy lagi.
Sementara itu, Amy menafikan dia bakal bekerjasama dengan Denden dalam konsert yang bakal diumumkan, tidak lama lagi.
“Memang ada yang bertanya mengenai perkara ini, tapi kami tak bincang apa-apa lagi. Denden banyak meluahkan rasa kagumnya terhadap saya selaku vokalis Search.
Ads
“Malah, ketika Denden memuat naik gambar bersama saya di Instagram, Din terus menghubunginya.
“Saya ada beritahu kepada Denden apa yang dikongsikan ini pasti akan ditanya wartawan, namun Denden berpesan, teruskan sahaja jika saya berkongsi cerita benar,” jelas Amy.
Katanya Amy lagi, tindakkan Din dan Kid itu hanya akan memburukkan nama Malaysia di negara jiran.
“Bila Denden mengadu kepada saya, saya rasa itu perkara yang memalukan. Selama saya menjadi popular di Indonesia, hubungan saya dengan artis di sana sangat akrab.
“Ia juga memalukan negara kita juga. Kita tidak sepatutnya melayan orang sebegitu,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal semalam, pelakon yang juga anggota kumpulan One Nation Emcee (ONE), Sabhi Saddi ada berkongsi foto di Instagram yang merakamkan dirinya sedang melakukan rawatan fisioterapi di bahagian belakang badan.
Berdoa agar tiada perkara serius yang berlaku, perkongsian salah seorang peserta program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) itu nyata mengundang perhatian peminat.
Menjelaskan lanjut mengenai masalah yang dialami, bintang berusia 35 tahun ini memberitahu, dia mengalami sakit belakang dan pernah melakukan pembedahan sebelum ini.
“Kemungkinan ada bengkak di bahagian urat. Pagi sebelum konsert, saya ada jalani fisioterapi untuk melegakan otot.
“Menurut mereka, apa yang berlaku ada kaitan dengan urat kerana otot terlalu ‘stress’… ketat sangat. Jadi salah satu pilihan yang boleh dilakukan ialah regangkan otot.
“Sejak Jumaat lagi ia sudah rasa sakit. Sama sesi latihan pun saya sudah beritahu kekangan yang dialami dan mereka semua faham. Akan tetapi saya tetap mahu semuanya berjalan dengan baik,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai kekangan yang dihadapi salah seorang anggotanya, Mimi mewakili ONE akui memahami situasi Sabhi yang perlukan rehat terlebih dahulu sebelum memikirkan siangan konsert minggu seterusnya.
“Kami perlukan rehat selepas ini dah sudah tentu Sabhi kena rehat dan selepas ini kami akan jalankan juga tugas yang telah diamanahkan.
“Tambahan pula dia vokal utama untuk minggu kelima ini. Apa pun, untuk minggu hadapan ia terpulang juga kepada kreativiti yang akan kami lakukan, insyaAllah.
Cuma sekarang kita berikan ruang buat Sabhi untuk rehat dulu,” terang Mimi.
“Apa yang berlaku, pasti akan ada cara untuk atasinya. Setiap minggu melakukan persembahan bersama buatkan kami lebih kuat,” kata Jojo pula optimis.
Membuat persembahan meyakinkan menerusi lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi nyanyian asal Mula Jameela, ONE mendapat sorakan gemuruh penonton selain reaksi positif para juri profesional.
ONE menduduki ranking ketiga secara keseluruhan pada minggu kelima konsert dengan mengumpul markah sebanyak 73 peratus.
Kesemua peserta diadili dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, sementara pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam ditampilkan sebagai juri jemputan.
Jangan ketinggalan untuk menonton siaran secara langsung GV6 di Astro Ria dan Ria HD dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam setiap Ahad, jam 9.00 malam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi Insta Story salah seorang teman rapat Fazura yang dikenali sebagai Vee Mukhtaram, kelihatan dia berseloroh melihat gelagat wanita jelita itu yang dilihat sedang berbual dengan suami menerusi aplikasi Facetime.
“Bukan you sorang sorang je ada suami okay. Kita semua ada suami.
Ketika kamera dihalakan kepada pelakon jelita itu, dia hanya mampu tertawa kecil sambil tangan masih lagi memegang telefon pintar berbual dengan suami tercinta.
Walaupun sudah lebih satu tahun melayari kehidupan rumah tangga, namun pasangan ini masih mengekalkan sifat romantis dan sentiasa dilihat bersama. Fazura dan Fattah Amin diijabkabul pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka sekitar ibu negara.
Foto – Instagram Fazura & Vee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Oktovia Manrose akui teruja apabila berkesempatan menghadiri majlis ilmu anjuran penceramah dan pendakwah terkenal Ustazah Asma Harun bersempena Maulidur Rasul baru-baru ini.
Menurut Oktovia, majlis tersebut ternyata memberikan impak buat hidupnya agar terus istiqomah di jalan Allah.
“BismillahiMasyaAllah. Assalamualaikum.
Alhamdulillah rasa bersyukur atas pertemuan baru-bari ni di majlis Maulid Akhbar yang dianjurkan oleh @ustazahasmaharun . Jemputan last minute tapi Allah permudahkan .
“Majlis yang sangat mengesankan kepada semua yang hadir. MasyaAllah. Ustazah sangat baik, sangat humble, semoga menjadi asbab saya kekal istiqomah. Tarik lah saya dan kami semua ke syurga Allah ustaza,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh anak kepada bekas penyanyi dangdut, Iwan itu menerusi entri terkini di Instagram.
Dalam pada itu, Oktovia turut menyeru kepada semua pihak terutamanya para wanita untuk turut sama mendekatkan diri di majlis ilmu seperti ini yang banyak menceritakan tentang kebesaran Allah SWT dan Rasulullah SAW.
“Dan kepada sahabat saya, pengikut saya yang selalu meyokong saya dan mendoakan saya agar kekal istiqomah, marilah kita sama-sama mendekatkan diri dengan majlis-majlis ilmu yang menceritakan kebesaran Allah SWT dan Rasullullah SAW.
“Saya akan mendoakan agar kita semua dapat berkumpul didalam majlis seperti ini lagi dan lagi. Hanya Allah yang dapat memberi hidayah.
“Tapi usaha kita adalah untuk bersama-sama mengajak ramai lagi sahabat muslimat untuk bersama-sama berada di dalam perjumpaaan majlis ilmu seperti ini . InsyaAllah,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoa agar Oktovia terus kekal istiqomah dalam perjalanan hijrahnya.
“MasyaAllah tabarakallah. Semoga istiqomah.
“Lovenya. Suka tengok kamu macam ni. Bertambah minat dengan awak berdua. Dengan ustazah sekali.
“Alhamdulillah. Suka tengok perubahan awak. Moga dipermudahkan segala urusan awak nanti.
“Hidayah milik Allah. Cantiknya makin bertambah-tambah sekarang,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, pada Aidilfitri tahun lalu, Oktovia memutuskan untuk berhijab dan memulakan perjalanan hijrahnya.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Oktovia Manrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru empat bulan mendirikan rumah tangga, rumah tangga pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim bersama isteri, Siti Khalizah Alihan kini dikatakan sedang retak menanti belah.