Pelakon Elfira Loy ada berkongsi foto saat majlis pertunangan bersama Faris Khairol Anuar, Sepetember tahun lalu.
Mengenakan tema warna lembut jingga pastel dalam rekaan Rizman Ruzaini, bintang filem Rentap ini tampak manis dan anggun.
“El tak pernah share sangat gambar masa tunang because this was me during the engagement day sebak sangat , sebak sesebak sebaknya..haha,
“Bersyukur dikurniakan rasa ini . Bersyukur diberikan nikmat merasai doa dikabulkan. Pengalaman yang lama mengajar el erti kesabaran , ketabahan & keyakinan terhadap petunjuk dari Allah SWT.
“Sabar itu memang indah. To whoever yang mengalami masalah yang terkunci di hati sehingga berat untuk dibacarakan , bicarakanlah kepada Allah.
Ads
“Semoga Allah juga memmberikan petunjuk kepada kalian.. btw! Baju ni abang @rizmanruzaini buat sukaaaa gila , akhirnya boleh post ehehehehehe. Harap-harap lepasni muat balik nak pakai balik ! sebab haritu tak tangkap gambar banyak,” tulisnya panjang lebar.
Pelakon tinggi lampai, Mimi Lana tidak mahu mengulas panjang mengenai hubungan cinta yang sudah terjalin sejak sekian lama dengan pelakon, Syafiq Kyle memandangkan aktor tersebut sudah pun menjelaskan mengenainya tidak lama dulu.
Malah jelasnya lagi, dia juga risau andai kisah cinta yang sering ditanya secara tidak langsung akan membuatkan cerita perihal kerjaya akan ketinggalan ke belakang.
“Saya rasa kenyataan Syafiq sudah memadai untuk semua orang faham mengenai hubungan kami. Jadi tidak perlulah untuk saya komen panjang-panjang.
“Malah saya pun tidak mahu perbesarkan hal ini, risau nanti cerita ini akan lebih dapat perhatian berbanding kerjaya masing-masing,” katanya kepada MH.
Berkongsi mengenai tindakannya yang memuat naik foto bersama hero Nur itu, Mimi menjelaskan ia sebenarnya hanyalah untuk promosi drama rantaian lakonan mereka ketika itu, Bukan Cinta Aku yang turut menampilkan Janna Nick dan Baim Wong.
“Foto yang saya muat naik tu sebenarnya ketika kami terlibat dalam drama Bukan Cinta Aku. Jadi saya muat naik untuk promosikan foto cuma mungkin kerana pada masa sama kami bersama, jadi ia lebih dapat perhatian.
“Sebelum ini pun saya ada juga kongsikan foto bersama dengan Syafiq dan kebetulan baru-baru ini dia ada keluarkan kenyataan fasal cinta. Jadi mungkin ia membuatkan peminat lebih teruja,” kongsi Mimi yang bakal promosikan filem pertamanya, Pusaka.
Ditanya mengenai sisi privasinya setelah mengakui hatinya sudah dimiliki pelakon terknal itu pula, Mimi mengakui pada peringkat awal dia biasa-biasa sahaja.
“Kami ni sama sahaja macam orang lain, biasa-biasa,” jelasnya yang turut mengakui pemenang tempat kedua Hero Remaja selepas Fattah Amin itu seorang yang positif dan rajin bekerja.
“Syafiq dia seorang yang sangat menyokong, sangat positif dan rajin bekerja,” kata Mimi yang turut terbuka untuk berlakon sama kekasihnya itu sebagai pasangan hero dan heroin menerusi mana-mana naskhah selepas ini.
Diusik sama ada hubungan yang terjalin mungkin akan ke fasa seterusnya, ini jawab Mimi;
“InsyaAllah, doakan yang baik-baik,” akhiri bekas peserta Pencarian Dewi Remaja ini.
Pelakon dan hos, Siti Elizad Sharifuddin mengakui meninggalkan rutin cantiknya secara klinikal sementara waktu bagi memberi ruang buatnya dalam usaha mendapatkan cahaya mata.
Malah katanya kepada MH, dia dan suami juga ada terfikir untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan persenyawaan in vitro (IVF).
“Saya dah tak lalukan apa-apa rutin rawatan kecantikan kira-kira sejak setahun lalu. Sebabnya bimbang ia boleh mengganggu usaha.
“Namun jujurnya saya baru saja terfikir untuk melakukan kaedah IVF, cuma saya lebih selesa untuk bertanya pakar terlebih dulu sebelum melakukan kaedah tersebut.
“Akan tetapi, saya jarang untuk kongsi apa yang kami cuba usahakan sebabnya tak kanlah saya nak cerita dari A hingga Z. Sebenarnya tiap tahun saya cuba tetapi saya sangat terbuka untuk bercerita kalau ada yang tanya.
“Tak kisah untuk berkongsi kerana saya ibaratnya mewakili wanita di luar yang senasib positif dan tak sedih,” kongsi Elizad yang pada masa sama turut melakukan kaedah rawatan tradisonal.
Cumanya untuk tempoh sekarang, dia lebih selesa untuk mendapatkan nasihat dari mereka yang pakar.
“Saya pun pergi berurut juga. Semua tempat yang ada tawarkan perkhidmatan sedemikian, saya cuba untuk pergi. Cuma sekarang saya dapatkan nasihat doktor.
“Perlu bermula dari bawah dan dia ada sarab untuk mendapatkan ubat kesuburan terlebih dulu.
“Tapi kalau saya buat (IVF), saya akan kongsikan pada semua. Saya akan bagi tahu sebab saya nak wanita yang sama kisahnya dengan saya dapat manfaat dan informasi. Begitu juga dari segi harganya,” akhirinya lagi.
Elizad, 34, telah mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.
Foto: Instagram Siti Elizad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski sudah pun berpisah, namun silaturrahim di antara pelakon Datin Anne Ngasri bersama bekas suaminya masih diteruskan apabila isteri kepada Abdul Wafi yang dikenali sebagai Farah Yaya Nadiah ada berkongsi sekeping foto mereka bersama.
Difahamkan, Farah baru sahaja melahirkan cahaya mata dan pelakon yang juga ibu kepada lima cahaya mata itu dilihat ada mengunjungi untuk melihat permata hati pasangan berkenaan.
Terdahulu, seperti yang diketahui, Datin Anne Ngasri bercerai secara rasmi dengan suami pertamanya, Abdul Wafi Hassan pada 25 Mac 2010 lalu.
Keduanya dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits, 13, tahun, Abdul Wafri, 11 tahun dan Nazharah Afrozah, 9 tahun.
Kemudian, Datin Anne Ngasri diijab kabulkan pula dengan Datuk Mohd Sumali Reduan pada 22 Disember 2012.
Menerusi perkahwinan berkenaan, bintang yang sinonim menerusi drama kanak-kanak, Cili Padi itu dikurniakan seorang seorang anak lelaki, Sufi Harraz yang kini berusia 6 tahun serta seorang anak perempuan yang lahir pada 28 Nov lalu.
Selepas sukses mencipta fenomena menerusi musim pertama, drama komedi bersiri, Jutawan Ekspres kembali dengan musim kedua yang dijangka tampil lebih menghiburkan menerusi jalan cerita lebih segar, konflik yang semakin ‘pecah’ serta pelbagai kejutan untuk tontonan seisi keluarga.