“Saya nampak ramai sangat yang terganggu bila tengok saya sudah tidak bertudung pula. Ini perkara yang ingin saya bagitahu, saya lahir dalam keluarga seni.
“Memang sejak azali saya merupakan seorang yang free hair. Tak lama kemudian, saya mula berhijrah serta belajar mengaji, solat dan perbaiki diri.
“Saya dah pun cuba pakai tudung sebelum ini tapi pada sama saya minta maaf kerana saya hanya hamba Allah yang biasa. Iman saya tak cukup kuat,” katanya.
Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama siri KL Gangster: Underworld 2 itu menerusi sebuah video di laman Instagram.
Dalam pada itu, Tash Yong turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan doa dan ucapan yang baik buat dirinya.
“Bila saya buka tudung sekarang, tidak bererti saya buka untuk selamanya. Saya masih lagi mencuba untuk jadi elok semula.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan bercakap yang baik-baik. Saya doakan sesiapa sahaja yang mendoakan kebaikan buat saya, semoga yang baik juga pergi kepada kalian semua,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga Tash Yong terus kuat bagi menghadapi fasa ini.
Terdahulu, Tash mula memakai tudung ketika sambutan Aidiladha pada September 2020 lalu dan pernah mengharapkan dirinya terus istiqamah bertudung ketika itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Tash Yong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Datin Alyah yang kini tampil dengan figura ideal dan lebih segar tidak menafikan sebelum ini dia mengalami masalah gastrik sehingga ada ketika menjadi kekangan buatnya untuk membuat persembahan.
Isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS ini menambah, berat badannya juga pernah mencecah hingga 68 kilogram.
“Saya tak nafikan ramai yang bertanya bagaimana saya boleh kurus. Sebenarnya siapa yang mengikuti perkembangan saya pasti ada yang tahu berat badan saya pernah cecah hampir 70 kilogram.
“Ditambah pula saya ada alami masalah gastrik yang teruk hingga muntah-muntah. Malah pernah juga masuk hospital kerana masalah tersebut,” katanya.
Susulan berat badan dan situasi yang dialami, ada peminat yang beranggapan dia hamil anak pertama.
“Masalahnya tidak (hamil), kalau betul alhamdulillah. Jadi bila keadaan itu terus berlaku, ada ketikanya saya sekejap semput dan lelah.
“Jadi saya ambil keputusan untuk berjumpa pakar bedah gasteroenterologist Dr Mustafa Mohammed Taher. Saya terlebih dahulu mendapatkan nasihat dan cadangan apa yang terbaik untuk kesihatan.
“Lalu saya jalani bariatric operation tahun lalu dan tiada rahsia untuk disembunyikan. Perkara itu saya ada kongsi di media sosial juga.
“Mengenang kembali macam mana saya pernah ulang alik pergi klinik dan hospital, Allah SWT bagi jalan untuk kembali cergas dalam beribadah, bekerja dan beriadah.
“Sebesar-besar syukur saya panjatkan pada ilahi. Alhamdulillah dan sampai sekarang saya usaha untuk jalani gaya hidup sihat. Kawal pemakanan, bersenam dan sebagainya,” katanya lagi.
Alyah turut muncul dengan single Cinta Sahabiyah yang dilancarkan Disember lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Dynas Mokhtar tidak menafikan situasi keguguran rambut melampau yang dialami khasnya para ibu sebelum dan selepas melahirkan cahaya mata menjadi antara topik yang sering dibicarakan.
Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 39, berkata, menyedari akan hal tersebut, dia serius menitikberatkan kandungan terbaik menerusi produk syampu Wellsen X Dynas, yang eksklusif kerana menggunakan sepenuhnya bahan organik.
“Bagi saya, masalah keguguran rambut bagi wanita yang melalui proses kehamilan adalah suatu perkara normal, termasuk saya sendiri.
“Sudah menjadi kebiasaan apabila kita sering mendengar mengenai masalah atau keluhan mengenai hal tersebut daripada para ibu.
“Sebab itulah bila saya terlibat di dalam kerjasama ini, kunci utama yang saya cuba untuk titik beratkan ialah kesihatan terhadap kulit kepala. Kadang kita sibuk nak jaga rambut, tapi bahagian kulit kepala pula terabai.
“Jadi sebab itulah antara kandungan yang terkandung di dalam syampu ini ialah Aqua Cell yang mampu beri kelembapan 48 jam sekali gus atasi isu keguguran rambut. Selain itu, saya suka elemen ‘mint’ (berangin).
“Saya pernah menggunakan syampu yang dibeli dari United Kingdom sebelum ini. Saya sukakannya kerana ia berangin bila digunakan. Jadi saya terfikir untuk aplikasikannya pada syampu keluaran khas ini, tapi saya tak mahu ia ada bahan kimia yang tidak baik untuk rambut.
“Jadi bila melalui proses penyelidikan dilakukan, kita ambil keputusan untuk letakkan organik Camomile bagi mendapatkan elemen yang segar di samping minyak esensial pudina yang mampu memulihkan folikel rambut,” katanya lagi.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Syampu Wellsen X Dynas, di Wanra Cafe, Bukit Jelutong, Shah Alam, baru-baru ini.
Turut hadir pada acara berkenaan ialah Pengarah Eksekutif WeGlobe Marketing Sdn. Bhd, Seng Sin Mon yang mewakili Wellsen.
Berbangga dengan edisi premium istimewa dengan harga mesra milik, bintang drama Korban Kasih ini turut meminta pengguna supaya cakna soal kandungan sesuatu produk sebelum membelinya.
“Sebab itulah saya sarankan kepada pengguna baik lelaki atau wanita untuk ketahui dan ambil peduli apa fungsi bahan yang terkadung di dalam sesuatu produk, lebih-lebih lagi yang melibatkan soal penjagaan diri, termasuk syampu.
“Misalnya apabila berlaku keguguran rambut yang banyak, barulah mula baca label apa isi kandungan pada botol.
“Sebab saya percaya ramai yang kurang tahu bahawa silikon di dalam syampu berupaya membuatkan rambut lembut tetapi penggunaan dalam tempoh lama juga boleh menyebabkan rambut gugur dan rosak.
“Anda perlu tahu apa yang diletak di atas kepala sama seperti apa yang anda makan, sebab kesannya mungkin bukan masa sekarang tetapi akan datang,” katanya lagi.
Syampu Wellsen X Dynas boleh didapati di platform e dagang seperti Shoppee, Lazada dan maklumat semasa mengenainya juga boleh dirujuk menerusi laman media sosial pelakon berkenaan.
Majlis sama turut diserikan dengan persembahan penyanyi Atilia Haron selain kehadiran rakan artis seperti Aishah Sinclair, Daphne Iking, Yasmin Hani, Sasha Abdul Aziz dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...