Penyanyi Tomok terharu dengan sambutan yang diberikan peminat kumpulan New Boyz apabila dalam tempoh 24 jam sahaja, sebanyak 3,000 tiket konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang habis terjual pada Selasa.

Konsert yang bakal diadakan selama dua hari di PJ Pac itu habis terjual dengan setiap satu malam memperuntukkan sebanyak 1,500 tiket.

“Alhamdulillah ya Allah. Saya sangat terharu dengan sokongan daripada semua peminat. Dalam masa 24 jam, 1,500 tiket untuk dua hari habis dijual.

“Perasaan saya sangat terharu… seakan tidak percaya. Terima kasih kepada peminat kerana masih ada menyokong perjalanan New Boyz.

“Saya sangat berbangga kerana tiket konsert New Boyz selama dua hari habis dijual dalam masa 24 jam,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

IKLAN

Tomok atau nama sebenar, Shah Indrawan Ismail, 38, berkata pada mulanya dia berasa gusar terhadap sambutan jualan tiket memandangkan kebanjiran konsert yang giat dijalankan sekarang termasuk penyanyi dari negara seberang.

Namun, dia bersyukur apabila semuanya berjalan lancar malah konsert itu berkemungkinan akan ditambah sehari lagi bagi memenuhi permintaan peminat yang kecewa tidak dapat membeli tiket.

“Sejujurnya saya bimbang juga takut kalau-kalau tiket tidak laku. Industri muzik negara baru sahaja hendak pulih selepas pandemik Covid-19. Banyak juga konsert penyanyi lain yang menunggu giliran.

“Tapi Alhamdulillah, masih ada lagi peminat yang menyokong New Boyz apabila kami mengumumkan bakal mengadakan konsert.

IKLAN

“Ada peminat mencadangkan supaya kami menambah satu hari lagi menjadi tiga hari. Insya-Allah kami dalam perancangan,” katanya lagi.

Konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang akan berlangsung pada 10 dan 11 Februari 2023 di Theatre PJ PAC, Bandar Utama.

Tiket dijual dari harga RM98 hingga RM358.

IKLAN

Selain Tomok, New Boyz yang popular pada era penghujung tahun 90-an turut dianggotai Along, Ristoe, Lan dan Zack.

Antara lagu hits kumpulan itu yang masih menjadi siulan sehingga sekarang adalah Sejarah Mungkin Berulang, Meraung dan Marah Bukan Sifat Ku.

 

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI