Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menyifatkan pemergian bekas pengurusnya, Ghazi Bin Mat Lawi sebagai suatu yang mengejutkan dan sukar untuk diterimanya.

Menurut Datuk Seri Aliff, sewaktu masih berkhidmat, allayarham Ghazi adalah individu yang bertanggungjawab menjaga soal fesyen serta makan dan minumnya.

View this post on Instagram

Allahu… Saya berasa amat sedih dan juga amat mengejutkan kerana bekas kakitangan (bekas setiusaha saya yg masih muda berumur tgh 20an) saya yang pernah berkhidmat dengan saya hampir 4 tahun lamanya iaitu @ghazi_ml Ghazi Bin Mat Lawi telah meninggal dunia ke dan kembali ke rahmatullah. . Secara jujurnya beliau seorang yang baik, seorang yang pelawak dan sering menjaga persiapan saya, fesyen saya, makanan saya serta minuman saya. Tidak saya sangka selepas tidak sampai 2-3 bulan beliau berhenti kerja, beliau sakit dan saya dikhabarkan beliau telah meninggal dunia. . . Walaupun Ghazi ni di kamera nampak seperti poyo tapi orang baik, menghargai kerjanya dan alhamdulillah selama beliau bekerja dengan saya hampir 4 tahun tidak mendatangkan masalah. Malah tidak pernah memburukkan saya walaupun dah berenti.. jauh sekali mengutuk saya walaupun dia tahu mengenai semua benda tentang saya .. Susah nak cari pekerja macam ghazi.. jom kita..Bersama-samalah kita mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.. . . Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya kami sekeluarga. Semoga semua kawan-kawan saya mendoakan beliau di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AMIN YA RAB 🤲🏻 . Saya yakin setiap orang yang hidup pasti akan menghadap Sang Pencipta…

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

“Doakan Al-Fatiha utk arwah @ghazi_ml semua hanya tinggal kenangan. Allahu… Saya berasa amat sedih dan juga amat mengejutkan kerana bekas kakitangan (bekas setiusaha saya yg masih muda berumur tgh 20an) saya yang pernah berkhidmat dengan saya hampir 4 tahun lamanya iaitu @ghazi_ml Ghazi Bin Mat Lawi telah meninggal dunia ke dan kembali ke rahmatullah.

“Secara jujurnya beliau seorang yang baik, seorang yang pelawak dan sering menjaga persiapan saya, fesyen saya, makanan saya serta minuman saya.

“Tidak saya sangka selepas tidak sampai 2-3 bulan beliau berhenti kerja, beliau sakit dan saya dikhabarkan beliau telah meninggal dunia.

IKLAN

“Walaupun Ghazi ni di kamera nampak seperti poyo tapi orang baik, menghargai kerjanya dan alhamdulillah selama beliau bekerja dengan saya hampir 4 tahun tidak mendatangkan masalah.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Datuk Seri Aliff menerusi sebuah video tribute yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Cuba Bahagia itu turut mendedahkan bahawa dirinya sukar untuk mencari pengganti sebaik sahaja Ghazi memohon untuk berhenti.

IKLAN

“Malah tidak pernah memburukkan saya walaupun dah berenti. Jauh sekali mengutuk saya walaupun dia tahu mengenai semua benda tentang saya.

“Susah nak cari pekerja macam Ghazi. Jom kita bersama-samalah kita mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.

“Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya kami sekeluarga. Semoga semua kawan-kawan saya mendoakan beliau di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

IKLAN

“AMIN YA RAB. Saya yakin setiap orang yang hidup pasti akan menghadap Sang Pencipta,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis tersentuh melihat perkongsian video daripada Datuk Seri Aliff itu.

“Tidak Pernah Memburukkan, Walau Dia Tahu Semua Benda Tentang Saya,” – DS Aliff Syukri Kenang Pemergian Bekas Pengurus “Tidak Pernah Memburukkan, Walau Dia Tahu Semua Benda Tentang Saya,” – DS Aliff Syukri Kenang Pemergian Bekas Pengurus “Tidak Pernah Memburukkan, Walau Dia Tahu Semua Benda Tentang Saya,” – DS Aliff Syukri Kenang Pemergian Bekas Pengurus

Sumber; Instagram DS Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI