Penyanyi Ramlah Ram berharap pelapis industri muzik dalam kalangan penyanyi baru biarlah terdiri daripada mereka yang berkualiti dan betul-betul boleh menyanyi, meski citarasa peminat berbeza.
Menurut Ramlah, 56, penyanyi yang bagus mempunyai peluang lebih besar untuk kekal bertahan dan bukan hanya bermusim.
Bintang yang sudah 36 tahun terlibat dalam seni itu menjawab persoalan mengenai kebanjiran penyanyi baharu yang kini memeriahkan dunia seni lokal, tapi didakwa tidak berbakat dari segi nyanyian.
“Kita tak boleh sekat pilihan peminat. Ini pilihan masing-masing. Nak suka sebab bakat atau apa terpulang. Sebab sekarang masing-masing boleh promosi diri sendiri.
“Kalau tanya saya, nak mencari pelapis sudah tentu nak yang berbakat. Menjadi penyanyi kena nyanyi dengan bagus. Penyanyi kalau tak boleh nyanyi, ia tidak digelar penyanyi. Jadi, kena ada pelapis berbakat.
“Macam sekarang, ada penyanyi baru yang berbakat dan memang bagus. Kalau boleh nak macam itu semuanya. Tidak mahu tular sekejap, tapi tidak boleh nyanyi dan terus hilang,” katanya.
Ads
Ramlah berkata demikian pada majlis pelancaran lagu terbaharunya, Aku Ubatinya Lagi bersama media yang dilangsungkan secara virtual, akhir Jun lalu.
Sekadar menyebut beberapa nama, dia turut kagum dengan bakat dan kualiti dimiliki penyanyi seperti Ernie Zakri, Aina Abdul, Hazama, Syamel dan beberapa lagi.
Ads
“Penyanyi yang bagus dan dengan kualiti vokal seperti Ernie Zakri, Aina Abdul, Hazama, Syamel dan beberapa lagi. Ini yang saya kagum. Kalau dapat semua macam ini sudah cukup baik.
“Kalau yang lain baru nak muncul tu biarlah yang berbakat. Insya-Allah, kalau hadir dengan bakat boleh bertahan lama,” katanya.
Dalam perkembangan lain, single Aku Ubatinya lagi yang bergenre balada itu pertama kali menyaksikan kerjasamanya dengan komposer terkenal, Ajai sementara gubahan muzik pula dari sentuhan komposer, Sharon Paul.
Ads
Kali terakhir Ramlah muncul dengan single ialah pada tahun 2019 menerusi lagu Masar Cinta dan kemudian disusuli lagu raya, Kemenangan pada April lalu.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Kamal Adli yang telah pun selamat bergelar suami kepada aktres Uqasha Senrose dengan dua kali lafaz.
Majlis di langsungkan di dalam sebuah majlis pernikahan tertutup pada 5 November lalu.
Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi.
Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin.
Sementara Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Kamal.
Hampir 100 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara serta kenalan kedua-dua mempelai turut hadir pada majlis yang diadakan seawal jam 7.30 pagi itu.
Pasangan raja sehari mengenakan persalinan daripada pereka Shanell Harun dan mereka kemudiannya diraikan dalam sesi memotong kek lima tingkat yang disaksikan oleh para tetamu yang hadir.
Kedua mempelai saling tak tumpah seperti putera dan puteri klasik dengan busana tradisional rekaan Rizman Ruzaini.
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada April lalu dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara.
Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.
Detik bersejarah penyatuan dua bintang ini juga bakal diabadikan menerusi paparan tiga buah episod istimewa dalam program ‘Walimatulurus Kamal Adli & Uqasha Senrose’ yang akan disiarkan secara eksklusif pada 11, 18 dan 25 Disember 2021 jam 9.00 malam.
Momen indah tersebut turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand. Selain itu, sebarang berita terkini mengenai liputan majlis tersebut juga boleh diikuti di portal Gempak dan tanda pagar rasmi #KamalXUqasha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Azharina berkongsi foto ibunya yang dimasukkan ke dalam wad di sebuah hospital di Putrajaya di laman Instagramnya, hari ini.
Dalam foto itu juga kelihatan Azharina sempat ‘bertugas’ menjaga ibunya di hospital, katanya itu merupakan salah satu pengorbanannya buat ibu yang telah membesarkannya selama ini.
Dia yang juga merupakan juara Gegar Vaganza musim ke-3 memohon doa daripada netizen agar ibunya cepat sembuh.
“Setinggi mana pencapaian kita di dunia ini , sekaya mana kita , tiada nilainya dengan pengorbanan seorang Ibu yang melahirkan dan bergadai nyawa buat kita anak anak Manusia.
“Hargai mereka selagi mereka bernyawa dan sebelum terlambat buat kita .. semoga Mumy cepat sembuh . Doa dari anak anak dan keluarga senantiasa buat mumy,” tulisnya di kapsyen.
Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie tampil memberikan reaksi berhubung pandangan segelintik pihak yang mendakwa raut wajahnya kelihatan seperti transgender.
Menurut Zarina, dia ‘okay’ dengan keadaan wajahnya, apatah lagi ia memberi rezeki dalam kerjayanya ketika ini.
“Ada orang cakap muka saya macam pondan. Bro, kalau muka ni macam pondan, dapat banyak job dan dapat banyak laki tabur duit kat aku.
“Aku lagi nak settle for muka pondan ni dari muka basic kau,” luah pelakon filem Zim Zim Ala Kazim itu menerusi sebuah hantaran di Instagram, baru-baru ini.
Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Katy Perry mencetuskan kontroversi selepas memfailkan tuntutan balas bernilai kira-kira AS$6 juta (RM27.7 juta) terhadap lelaki berusia 85 tahun, Carl...