Umum mengetahui, ramai selebriti tanah air telah turun padang menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan sebagai petugas di beberapa lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekitar ibu negara.

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz misalnya telah menjadi salah seorang petugas di PPV, Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam bagi membantu pihak kerajaan yang kekurangan petugas di PPV.

“Saya Dah Jalankan Tugas Saya,”- Datuk Fizz Fairuz Sertai Sukarelawan Sebagai Petugas Di PPV “Saya Dah Jalankan Tugas Saya,”- Datuk Fizz Fairuz Sertai Sukarelawan Sebagai Petugas Di PPV

Pemilik nama lengkap Mohd Fairuz Zainal Abidin berkongsi perkara tersebut bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.

Gambar
Gambar

“Saya dah jalan kan tugas saya,anda bila lagi? @kumpulan_megaklinik_zahran @kai_kaklong @nafidzrazak,” tulisnya.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap murni pelakon berusia 44 tahun itu.

“Alhamdulillah…..TERBAIK LAH DATO,” tulis seorang warganet.

“Terbaikk Dato,” puji seorang peminat.

“semoga Allah swt permudah urusan Dato sbg sukarelawan,” doa seorang peminat yang lain.

IKLAN

“Hebat Dato..semoga Allah lindugi dato sepanjang bertugas Amiin,” titip peminat.

Sekadar informasi, pelakon Amelia Henderson, Sherry Alhadad, Adam Shahz antara selebriti tanah air yang turut menjadi sukarelawan sebagai petugas di PPV.

“Saya Dah Jalankan Tugas Saya,”- Datuk Fizz Fairuz Sertai Sukarelawan Sebagai Petugas Di PPV “Saya Dah Jalankan Tugas Saya,”- Datuk Fizz Fairuz Sertai Sukarelawan Sebagai Petugas Di PPV “Saya Dah Jalankan Tugas Saya,”- Datuk Fizz Fairuz Sertai Sukarelawan Sebagai Petugas Di PPV

IKLAN

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

“Saya Dah Jalankan Tugas Saya,”- Datuk Fizz Fairuz Sertai Sukarelawan Sebagai Petugas Di PPV

Fpto: Instagram Fizz Fairuz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI