Menerusi laman media sosial Instagram milik penyanyi Sufian Suhaimi sering mendapat perhatian daripada peminat.
Selain sisi seninya, peminat turut bertanya perihal fizikal penyanyi tersebut yang dikatakan semakin kurus dan kurang sihat.
Bukan itu sahaja, ada juga sesetengah peminat yang memberi pendapat bahawa Sufian kelihatan sakit seperti terkena buatan orang atau sihir.
Ditanya mengenai perkara tersebut, Sufian punya jawapannya sendiri.
Menurut bintang yang mesra disapa Pian, dia akui terima pelbagai komen sedemikian di akaun Instagram.
Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa tidak mengalami sebarang penyakit misteri ataupun sihir.
“Sebenarnya bermula dengan akhir tahun 2018, saya tak berapa sihat sampai ke AJL, saya susut banyak, hampir 10 kilogram. Akan tetapi, sejurus AJL tahap kesihatan saya makin baik.
“Rasanya bukan buatan orang kot banyak buatan virus yang menganggu saya. Kalau mengikut pemeriksaan doktor, saya memang ada demam yang teruk, jangkitan paru-paru.
“Tetapi saya tidak ada apa-apa, saya sihat jer. Syukur alhamdulillah segalanya sudah mula kembali normal,”kata Sufian jujur.
Dalam perkembangan lain, Sufian bakal sibuk mempromosikan lagu single terbarunya berjudul Mencuba yang bakal dilancarkan di YouTube esok.
“Mencuba merupakan satu lagu yang menceritakan tentang usaha seseorang untuk menjadi yang terbaik tapi kalau ketentuan itu dah ditulis sebegitu, walau macam mana pun kita mencuba tetap akan mengikut takdir.
“Saya harap ramai yang akan suka lagu berkenaan dan juga harap lagu ini selalu dimainkan di radio, insyaAllah,”kongsi Sufian memasang harap.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Elfira Loy mengakui dirinya seorang penggemar kasut bertumit tinggi dan mempunyai koleksi yang banyak jika mahu dibandingkan dengan kasut tanpa tumit yang dimilikinya.
Malah akuinya kepada MH, dia juga sudah mulai mengenakan kasut bertumit seawal usia belasan tahun.
“Kalau nak bercakap mengenai kasut tinggi, saya tak nafikan tidak terkira. Cuma kalau ‘flat’ shoes tu boleh dikira lagilah,” seloroh Elfira.
Pada masa sama, apabila ditanya mengenai apa yang boleh diperkatakan mengenai kasut tinggi, bintang Kum Kum ini tidak menafikan rasa lebih yakin apabila mengenakan kasut sedemikian.
“Saya lagi mampu untuk berjalan dengan baik apabila mengenakan kasut tinggi berbanding flats. Kalau pakai ‘flats’ saya mesti jatuh,” jelas Elfira ketika ditemui pada majlis pelancaran kolaborasi eksklusif jenama kasut terkenal, Giuseppe Zanotti bersama Neelofa di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Neelofa ada pelawa saya untuk bersama-sama hadir memeriahkan pelancaran kerjasamanya bersama jenama kasut terbabit.
“Sebagai rakan, saya turut berbangga dengannya atas kolaborasi ini dan sebab itulah saya hadir untuk memberikan sokongan,” katanya lagi.
Terdahulu, Elfira dan suami, Muhamad Khairol Faris Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada 1 Oktober lalu yang diberi nama Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris.
Penyanyi Nora Ariffin sudah sering ditanya mengenai soal jodoh selepas suami tercinta, Allahyarham Johan Nawawi pergi mengadap Ilahi pada Mac 2017.
Bagaimanapun, buat kesekian kalinya, penyanyi Hanya Satu ini menjawab persoalan sama berhubung soal jodoh di laman Instagram.
“Bismillahirahmanirahim. Ramai yg mula bertanyakan pada saya ttg jodoh. Saya nk jawap disini….. Sebenarnya itu tidak penting sama sekali. Pasangan hanya sekadar pinjaman dan perhiasan dunia buat sementara. Sayang mcm mana pun., Tak boleh bawak sama2 masuk kubur..
“Yg LEBIH PENTING adalah tanggungjawap saya pada 4 org anak- anak saya. Mungkin pada org lain agak mudah……sbb kita berlainan keperluan & pendapatan. Bukan mengeluh tapi sekadar berkongsi… Sebagai org yg hidup sederhana & bukan berharta mewah. Banyak sekali tanggungan yg harus saya pikul. Saya bayangkan keadaan org lain yg senasib atau lebih teruk dari saya….pasti mereka lebih hebat, tabah & luarbiasa. Semoga Allah memberkati kehidupan kita,” tulis Nora.
Malah, Nora turut mengagumi para wanita yang bergelar ibu tunggal kerana berjaya membesarkan anak-anak dengan hasil titik peluh sendiri.
“Salute to all the single moms yg membesarkan anak2 hasil titik peluh sendiri hingga berjaya tanpa ada bantuan2 lain. Kepada yg punya segalanya. Cukup lengkap…..mewah hidup, bahagia…. BERSYUKURLAH….ingat Allah.. Sebab itu adalah pemberian/ pinjaman dari Allah swt. Hargai apa yg kita ada..
“Kepada yg sering ditimpa ujian… Bertabahlah…. REDHA Lihat pada HIKMAH disebalik setiap kejadian. Semoga Allah mempermudahlan urusan kita. ‘Yang pergi usah ditangisi, yang ada jangan terlalu gembira’ Salam dari saya NORA,” akhiri Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Ariffin. Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen telah memberi kata-kata semangat buat penyanyi yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu.
Terdahulu, komposer terkenal itu meninggal dunia akibat serangan jantung dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Foto : Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan teguran yang dibuat terhadap pemandu bas sekolah yang merakam video kanak-kanak dalam kenderaan tersebut hingga tular di media sosial, pelakon Diana Danielle dilihat telah dikecam hebat netizen di apliaksi Tik Tok.