Dalam merancang untuk mengeluarkan sebuah klip video muzik untuk singlenya terkininya yang berjudul Semakin, Siti Sarah kini berada di dalam dilema untuk memilih pelakon lelaki bagi membintangi klip tersebut.
Lalu, Siti Sarah yang popular menerusi lagu Kesetiaan dibantu suaminya Shuib dengan meninjau pendapat peminat-peminat mereka melalui laman Instagram.
Mengungguli carta pilhan peminat mereka adalah pelakon kacak Remy Ishak, Fikry Ibrahim dan Zul Ariffin.
Ads
Nama Shuib Sepahtu sendiri menjadi saingan hebat kepada 3 pelakon terbabit namun menurut Siti Sarah, dia telah menyingkirkan nama suaminya dari senarai terakhir.
Ads
Untuk rekod, jumlah tanda suka bagi tinjuan tersebut telah mencapai lebih 161,000 manakala komen cadangan mencecah 12,000. Klip video lirik pula telah menjangkau lebih 10juta tontonan di YouTube.
Ads
Jadi, siapakah yang bakal memenangi hati Siti Sarah dalam pencarian jejaka untuk muzik video semakin? Nantikan!
Foto: Instagram Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Zarina Zainoordin telah memuat naik satu keping gambar dia bersama Ibunya menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsinya, dia merindui si ibu yang di luarannya garang, tapi hatinya lembut.
“Rindunya kat buah hati i ni yg comel ni.muka je garang mak i ni, tp lembutnya hati..”
“Of cozla ,ibu yang baik mmg cmtu,takde leh lawan mulianya mak i,sakitkan hati i takpe,tapiiii..sape sakitkan hati dia i gigit dia smp masuk icu,” tulisnya secara seloroh.
Gambar tersebut menarik perhatian netizen melihat kemesraan bintang berusia 34 tahun itu bersama ibunya dan netizen turut memuji kepada Zarina yang bersikap penyayang.
Semoga Zarina dan ibunya diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Yuna mengakui dia sanggup berehat panjang daripada bidang nyanyian selama setahun andai ditakdirkan bakal menimang cahaya mata.
Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai, 33, juga tidak menafikan, soal menguruskan anak apatah lagi ketika masih kecil memerlukan besar.
Malah pada masa sama, dia juga berdoa untuk menikmati proses kehamilan dan momen membesarkan anak dengan baik andai mempunyai cahaya mata kelak.
“InsyaAllah kalau ada rezeki. Kami tidak akan mengatakan ‘no’ kalau ditakdirkan bakal dapat anak. Saya dan suami pun pasangan yang simple sahaja dan kalau boleh, biarlah ia berlaku secara semulajadi, dengan izinNya.
“Kalau ada rezeki, adalah…InsyaAllah,” katanya kepada MH. Terdahulu, penyanyi lagu Gadis Semasa ini ditemui pada ada majlis pelancaran Yuna X Christy Ng Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Ditanya sama ada dia ada merancang atau sebaliknya, Yuna tidak menolak rezeki tetapi pada masa sama berharap agar dirinya sudah bersedia untuk bergelar ibu.
“Tak merancang, cuma pada masa sama kami fokus dengan kerja juga. Mungkin bila semuanya sudah stabil, misalnya hubungan kami jarak jauh. Dia bekerja di Kuala Lumpur sementara saya pula di Los Angeles.
“Harap bila semuanya betul-betul okay, doa-doakan supaya semuanya dipermudahkan,” kongsinya yang mengakui tugas sebagai ibu bukanlah suatu hal yang remeh.
“Bila sedang mengandung seterusnya membesarkan anak, ia satu tanggungjawab yang besar. Kalau boleh bila saya mengandung nanti saya mahu pastikan saya mampu untuk menjadi ibu yang baik.
“Pada masa sama, saya nak nikmati proses kehamilan dan membesarkan anak dengan sebaiknya. Mungkin akan berehat selama setahun untuk ada bayi, isyaAllah,” terang Yuna.
Pelakon Syafiq Kyle mengakui dia tidak meletakkan apa-apa harapan menerusi penampilan terkininya sebagai Ustaz Adam untuk sequel Nur 2 yang kini sedang rancak menjalani penggambaran.
Katanya kepada MH, dia tidak mahu mengharapkan sesuatu kerana apa yang lebih penting buat pemenang tempat kedua Pencarian Hero Remaja 2011/12 ini ialah memberikan kualiti lakonan terbaik.
“Saya tak pernah atau mahu jangka yang Nur 2 akan meletup. Begitu juga dengan siri terdahulu. Malah keluarga Nur sendiri pun tak sangka ia boleh jadi trending dan diminati ramai.
“Jadi apa yang saya akan lakukan menerusi Nur 2 ialah ‘pusing’ balik kepada Nur yang pertama. Saya kena mulainya dengan kosong, tidak meletakkan apa-apa harapan. Apa yang perlu saya buat ialah memberikan yang terbaik kerana jalan ceritanya memang bagus.
“Seterusnya saya hanya serahkan pada penonton untuk menilai,” katanya ketika ditemui di pelancaran single terkini Siti Sarah berjudul Semakin di RedBox, Mid Valley.
Ditanya mengenai gandingannya bersama Azar Azmi yang mendukung watak baru menerusi drama berkenan iaitu Juita, Syafiq memuji watak tersebut yang dirasakan cukup menarik.
“Saya pernah berlakon sama dengannya sebelum ini. Malah menerusi Juita, karektornya pun sangat menarik,” kongsinya.
Diajukan persoalan apakah reaksinya terhadap penolakan watak tersebut yang sepatutnya dipegang Nelydia, Syafiq secara seloroh menjawab;
“Sebab itulah Nelydia tolak. Saya pun ada cakap memang patut pun dia tolak memandangkan dia baru saja pulang dari umrah. Kita respek dan pastinya dia mempunyai sebab tersendiri,” katanya lagi.
#MHtanya lets tanya apa saja mengenai Syafiq Kyle. Katanya dia suka perempuan berambut panjang, nak candle light dinner di Budapest dan… sila dengar!!
Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, 3 October 2018
Foto: Instagram Nelydia/Syafiq Kyle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.