Penyanyi Sam Bunkface telah selamat bergelar suami kepada suri hati pilihannya, Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi.
Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd Baharom, 33, telah berkongsi foto sekitar momen indah sekitar majlis pernikahannya menerusi satu hantaran di Instagram baru-baru ini.
Menerusi foto yang dikongsi, pasangan sama cantik sama padan itu mengenakan persalinan sedondon berwarna putih sambil mengabadikan foto di atas pelaminan.
“Salam Jumaat semua. Disini sam ingin kongsi yang sam sudah menikahi Puteri Eifa Ezrin binti Mohd Kushairi.
“Doakan yang baik2 untuk kami. Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.
Ads
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti yang teruja dengan berita gembira itu menitipkan ucapan tahniah kepada Sam dan pasangan.
Ads
Terdahulu, Sam yang juga abang kepada pelakon, Siti Saleha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang penerbit, Aida Azira Husin dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Maleeq, tiga tahun.
Bagaimanapun, pasangan ini telah berpisah pada Januari 2019 selepas hampir 4 tahun mendirikan rumah tangga.
Foto: Instagram Sam Bunkface
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil mempertahankan diri selepas seorang gadis obesiti yang dikenali sebagai Wani Comel mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti yang dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan sebelum ini.
Terdahulu antara lain, menurut laporan media menerusi sidang media yang dilakukan gadis berusia 23 tahun itu, Wani turut memberitahu dia terpaksa membuat laporan polis untuk menjamin keselamatan diri selepas didatangi wakil usahawan tersebut.
Wani yang turut ditemani peguam menerusi sidang media sebelum ini juga berkata, antara lain, dia ingin menuntut pampasan dan perkara yang telah dijanjikan selain ingin membatalkan kontrak yang telah ditandatangani.
Pada masa sama, Wani menyatakan harapannya agar dapat membersihkan semula namanya di mata masyarakat.
Sementara itu, Alif yang turut melakukan sedang media pada Isnin susulan kontroversi berkenaan memberikan penjelasan mengenai kontrak yang didakwa sebagai berat sebelah.
“Saya banyak ambil duta sebelum ini seperti Erra Fazira, Wany Hasrita dan macam-macam lagi. Kalau saya buat percakapan perjanjian, mesti ada dalam agreement. Ada tak saya kata nak bagi rumah, kereta atau nak bantu keluarga dia?
“Saya hanya cakap mahu membantu dia untuk kembali boleh berjalan. Zaman fasa Covid-19 macam ni, orang tengah tak ada duit dik. Orang kalau dah ada kaki, ada tangan boleh berniaga, berniagalah.
“Kalau boleh bekerja, bekerjalah. Tak payahlah kalau boleh nak meminta-minta. Kalau rasa tak menunaikan janji, mudah… saman!
“Saya memang tunggu saman daripada Wani dan tunjukkan bukti yang mengatakan saya nak bagi kereta, nak bagi rumah.
“Saya minta maaf ya, cakap terus-terang. Benda ni permintaan yang berunsurkan permintaan di luar jangkauan. Sebelum saya kenal budak ini, saya sendiri sudah berniaga dan saya tak nak cakap lebih-lebih.
“Saya rasa tindakan meminta itu tak manislah. Kalau betul saya nak bagi, tunjukkan bukti.
“Sebelum kemunculan dia, saya memang sudah berniaga produk pelansingan badan pun. Tak sangka ya sampai ke tahap ini adik ini mengenakan saya,” katanya.
Ditanya sama ada sudah serik untuk mengambil mana-mana individu sebagai duta terhadap mana-mana produk yang dikeluarkan, ini kata Aliff yang pernah muncul menerusi single Cuba Bahagia ini;
“Sebagai seorang ahli perniagaan niat baik saya adalah untuk membantu dan pada masa sama, saya mempromosikan produk. Rasanya tidak salah.
“Saya bukan kata Wani dah kurus 100 peratus menggunakan produk LookFit. Itu agak ‘keras’ bunyinya.
“Malah, saya rasa produk saya pun ada kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia selain mempunyai pengiktirafan halal. Jadi tiada masalah kalau saya nak buat promosi pun.
“Cuma claimed dia tu melampau,” katanya lagi. Terdahulu, sidang media yang diadakan di kediamannya di Kota Damansara antara lain turut merungkaikan mengenai dakwaan yang telah dilakukan pihak Wani.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi senior, Datuk Jamal Abdillah mengakui rasa bangga apabila menjadi satu-satunya penyanyi dalam kategori usia warga emas yang layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).
Bintang hebat berusia 62 tahun itu bakal bersama-sama rakan duet, Wany Hasrita menerusi lagu Belenggu Rindu bersaing di malam anugerah muzik ifu yang bakal berlangsung Februari depan.
Bagaimanapun, Jamal menyifatkan situasi itu agak kelakar dan di luar jangkaan.
“Saya pernah menyertai AJL yang pertama pada 1986 menerusi lagu Perjalananku dan Cinta Yang Terbiar yang kedua-duanya dinyanyikan penyanyi lain.
“Selepas itu menerusi lagu Kekasih Awal Dan Akhir dan Ghazal Untuk Rabiah duet brsama Datuk M Nasir.
“”Kali ini saya berduet dengan Wany Hasrita pula. Saya sebenarnya memang sengaja nak tumpang populariti artis yang sedang meningkat naik,” katanya.
Menerusi laporan Harian Metro, Jamal berkata, dia mempunyai formula untuk terus kekal dalam industri muzik dan pertaruhan itu dilihat menjadi.
“Strategi saya nampaknya menjadi hingga berjaya ke AJL35. Saya terbabit dalam lagu ini kerana ditawarkan oleh Hael Husaini dan Ezra Kong serta pemilik syarikat rakaman FMC.
“Saya nampak ini satu formula berkesan dan akan terus mengekalkannya. Untuk AJL nanti, saya kena motivasi diri bertanding dengan artis muda yang boleh dipanggil anak. Saya tak boleh mengalah dan merendah diri.
“Dah masuk dalam itu saya kena teruskan. Yang bertanding pun hebat dan sekarang zaman mereka,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Jamal turut berduet dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta menerusi lagu Neraca dan sebuah lagu lain.
“Penggambaran muzik video Neraca dibuat hari ini. Judul asalnya ialah Wuduk tapi akhirnya ditukar kepada Neraca.
“Banyak lagi projek begini yang akan saya buat nanti. Ada tiga, empat lagu lagi. Jika ada rezeki, saya akan mengumpulkan semua lagu-lagu ini bagi diterbitkan dalam sebuah album istimewa,” katanya.
Sementara itu, Jamal juga tidak kisah jika dikatakan menumpang populariti artis lain untuk kekal dalam industri muzik.
“Selama ini pun hidup saya menumpang atas bumi Tuhan. Apa sahaja yang sesuai, saya akan buat. Saya pun ada lagu solo berjudul Yang Memiliki ciptaan Raja Sham. Proses rakaman sudah selesai dan hanya tunggu masa untuk buat muzik video.
“Lagu Neraca dan Yang Memiliki diterbitkan di bawah syarikat rakaman Universal Music. Boleh dikatakan ini adalah cabang rezeki buat anak-anak saya terutama Azura dan Zack,” katanya yang turut bersyukur atas rezeki yang dikurniakanNya.
Terdahulu, 12 lagu diumumkan layak ke AJL35 iaitu Belenggu Rindu nyanyian Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah, 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta), Hati (Hael Husaini), Semalam (Aina Abdul), Peluang Kedua (Hael Husaini), Hutang (Floor 88), Kau Sakiti (Amir Masdi) dan Gundah (Ernie Zakri).
Empat buah lagi lagu yang turut mara ialah Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), Gila (Kaka Azraff, Noki dan Tuju), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter) dan Eh (Zizi Kirana).
AJL35 akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 7 Februari tahun depan.
Guru Matematik yang mencuri perhatian di media sosial, Sir Race tampil dengan kejutan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini apabila melancarkan lagu raya, Bah Selamat...