Maestro muzik selaku juri tetap program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Datuk Ramli MS tidak menolak kemungkinan akan ada seorang atau lebih bintang GV8 yang bakal tersingkir, minggu depan.

Menurut Ramli, ini kerana sepanjang dua minggu konsert, masih tiada sebarang penyingkiran yang berlaku.

Tiada Tersingkir Konsert Kedua GV8, Ini Respon Ramli MS – “Mungkin Minggu Depan Penyingkiran Secara ‘Berjemaah’, Saya Tidak Tahu.”

“Perkara itu (tiada penyingkiran) perlu ditanya kepada pihak produksi, keputusan di tangan mereka. Jika tiada penyingkiran, maknanya tiadalah.

“Mungkin minggu depan penyingkiran secara ‘berjemaah’, empat sekali saya tidak tahu,” katanya.

Ditanya mengenai prestasi kesemua bintang minggu ini, Ramli menyifatkan persembahan mereka lebih baik berbanding minggu pengenalan.

IKLAN

“Much better. Kami para juri memang mahukan lebih lagi dan nampaknya mereka semakin selesa. Bukan selesa itu mereka sudah ‘relak’, tetapi selesa dalam segi keadaan persembahan di pentas GV,” katanya.

Selain Ramli, kesemua bintang GV8 diadili dua juri profesional lain iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.

Minggu ini, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar diundang sebagai juri jemputan dan diacarakan pasangan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

IKLAN

Juara GV musim ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi.

Program tersebut membariskan 13 penyanyi yang menyaksikan persaingan tiga penjuru yang disertai artis-artis dari negara ini termasuk Indonesia dan Singapura.

Tiada Tersingkir Konsert Kedua GV8, Ini Respon Ramli MS – “Mungkin Minggu Depan Penyingkiran Secara ‘Berjemaah’, Saya Tidak Tahu.”

IKLAN

Tiada Tersingkir Konsert Kedua GV8, Ini Respon Ramli MS – “Mungkin Minggu Depan Penyingkiran Secara ‘Berjemaah’, Saya Tidak Tahu.”

Minggu ini menyaksikan Aliff Aziz sekali lagi memperolehi markah tertinggi dengan 81 peratus sementara Nico berada di kedudukan paling corot di kalangan semua bintang bertanding iaitu 52.90 peratus.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Azrul Rafie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI