Pelakon cantik, Nadiyah Shahab yang kini sudah pun bergelar isteri kepada pelakon dan usahawan, Ben Ali sekitar tiga bulan lalu memberitahu, dia tidak mempunyai masalah untuk memuat naik gambar romantis bersama suami di media sosial.

Cumanya, asalkan apa yang dikongsi itu tidak keterlaluan atau kerap hingga menimbulkan rasa menyampah peminat.

“Bagi saya tiada masalah untuk kongsi foto romantis, apatah lagi bagi yang sudah berkahwin. Akan tetapi jangalah terlalu kerap misalnya dalam setahun tu berpuluh kali letak gambar yang macam tu pun susah juga. Kata mereka nanti, orang lain lun kahwin juga.

“Kalau kali pertama tu, mungkin orang akan cakap sweet… kali kedua okay sweetnya. Dan kali ketiga mungkin ada yang cakap stop it guys. Jadi rasanya tak perlulah terlalu kerap.

“Sesekali bagi meraikan cinta, rasanya tidak salah sebab semua orang berhak untuk raikan cinta dan hal yang membahagiakan.

IKLAN

“Malah Ben sendiri pun ada juga beri pesan. Kalau nampak macam saya beriya nak muat naik gambar, dia akan cakap cukup-cukuplah tu,” terang Nadiyah.

Ditanya mengenai adakah wajar bagi pasagan berkahwin meluahkan rasa kecewa atau tidak puas hati pasangan menerusi media sosial, bintang ini memberitahu dia belum mempunyai pengalaman sedemikian.

IKLAN

“Saya tak pasti memandangkan kami belum ada pengalaman sedemikian. Minta dijauhkanlah. Cuma bagi saya, kami memang jarang memuat naik isu personal di media sosial pun. Bahkan sebelum berkahwin lagi.

“Hanya pada awal perkahwinan sahajalah kami kerap kongsi momen di Instagram. Selepas itu kembali seperti biasa kerana itulah cara kami sejak di awal perkenalan lagi,” katanya kepada MH.

IKLAN
View this post on Instagram

Not your babe. . #ame2019

A post shared by Nadiyah Shahab (@nadiyah.shahab) on

Dalam perkembangan lain, Nadiyah yang turut tercalon sebagai Top 20 Pasangan MeleTOP bersama suami kini sedang menjalani penggambaran drama rantaian Asalkan Dia Bahagia di samping Ayda Jebat dan Syukri Yahya.

Pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 10 November tahun lalu.

Foto: Instagram Nadiyah Shahab

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI