Sejak beberapa hari lalu, nama penyanyi Faizal Ramly kembali hangat diperkatakan selepas sebuah video di Tik Tok yang memaparkan mengenai perkembangan terkininya setelah sekian lama menyepi menjadi tular.

Menerusi video tersebut, Faizal memaklumkan dia baru sahaja memulakan pekerjaan barunya bersama syarikat penyedia kelengkapan rumah terkemuka dunia, Coway (M) Sdn. Bhd. (Coway Malaysia).

Lantaran itu, Faizal berharap agar semua pihak dapat menunjukkan sokongan terhadap dirinya selepas ini.

@smfhhabsheeSupport Each Other 🤲 amin Inshaa Allah.♬ original sound – 𝙍𝙞𝙠𝙤 𝙇𝙮𝙧𝙞𝙘𝙨 – 𝙍𝙞𝙠𝙤 𝙈𝙪𝙨𝙞𝙘𝙨


“Assalamualaikum semua, ini adalah hari pertama saya berbakti bersama Coway. Ini adalah sahabat-sahabat seperjuangan saya. Sokonglah saya dan kawan-kawan yang lain. Ameen,” katanya.

Sementara itu, menerusi sebuah lagi video berasingan, Faizal yang juga merupakan pemenang program Akademi Fantasia musim keempat (AF4) memaklumkan dia masih lagi aktif menyanyi meski sudah menceburkan diri dalam pekerjaan baru.

Tambahnya lagi, dia juga tidak mempunyai masalah untuk membahagikan masa di antara dua kerjaya tersebut.

IKLAN
@namakufaizalaf4♬ bunyi asal – FAIZALSENYUMSOKMO🤭

“Tak semestinya menjadi seorang penyanyi tak boleh menjadi peniaga. Saya bersama Coway dan masih lagi menyanyi.

“Jadi, rasanya tiada masalah selagi saya mencari rezeki yang halal. Saya sayang anda semua,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menunjukkan tanda sokongam selain turut mendoakan agar Faizal akan terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburinya.

IKLAN

“Kemas boh. Semoga dipermudahkan segala urusan.

“Mantap bang. Saya tetap sokong Abang Faizal.

“Yang penting rezeki halal. Semoga Faizal diberikan rezeki yang luas.

“Jalan terus bos. Antara artis AF yang suara betul-betul padu dan lain dari yang lain.

IKLAN

“Ya betul tu. Kerja keras selagi kita muda,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sepanjang bergelar penyanyi, Faizal memiliki beberapa buah single popular seperti Lihatlah, Datanglah dan Sakit Seorang Lelaki.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Tiktok Faizal Senyum Sokmo & Faiez_Hakimie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI