Pelakon Ben Amir mengakui ketika ini, hubungannya bersama rakan artis Uqasha Senrose hanyalah sekadar teman sahaja.

Tidak mahu mengklasifikasikan hubungan mereka suatu ketika dahulu sebagai pasangan kekasih, bekas finalis Hero Remaja ini bagaimanapun mengakui cuba mengenal hati budi pelakon berkenaan.

Cuma buat masa ini, mereka lebih selesa untuk menjadi kawan sahaja.

“Kita orang kawan macam biasa, masih lagi berkawan,” katanya ringkas apabila ditanya mengenai sejauh mana hubungan di antara mereka setakat ini.

Tiada Lagi Cinta Bersama Uqasha Senrose? Ini Jawab Ben Amir

Ditanya mengenai kedua-duanya kian kurang memuat naik gambar bersama di media sosial, pelakon Cinta Tiada Ganti ini tidak menafikan perkara tersebut.

IKLAN

“Memang kawan sahaja. Terus-terang dulu kami pun tidaklah cakap nak bercinta cuma selesa berkawan.

“Kiranya ketika dalam proses mengenal hati budi itu, rasanya kami lebih sesuai untuk berkawan. Saya okay saja memandangkan hubungan kami pun masih lagi baik,” jelasnya kepada MH.

Spekulasi mengenai wujudnya hubungan cinta di antara pasangan selebriti ini mulai tercetus apabila masing-masing memuat naik gambar berdua saat bercuti bersama rakan sekitar Ogos lalu.

IKLAN

Tiada Lagi Cinta Bersama Uqasha Senrose? Ini Jawab Ben Amir

Terdahulu, Ben ditemui media di set penggambaran drama arahan Michael Ang berjudul Dua, yang bakal ditayangkan menerusi portal Astro Gempak tidak lama lagi.

Menerusi siri empat episod itu, Ben memegang watak sebagai Daniel iaitu seorang pereka fesyen dan adik kepada Scha Alyahya.

IKLAN

Turut sama terlibat di dalam drama web berkenaan ialah Sharifah Sakinah dan Sweet Qismina.

Jom ikuti sedutan penggambaran drama ini menerusi FB Live MH.

MH berada di Starvilion Shah Alam untuk usha bts drama YouTube, Dua untuk Astro Gempak. Letop lakonan Scha Alyahya, Ben Amir, Sharifah Sakinah dan Sweet Qismina!

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 14 October 2018

Foto: Instagram dan Michael Ang

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI