Pelakon Zul Ariffin mengakui tidak meletakkan sebarang harga sekiranya pihak produksi andai ada yang meminta dirinya untuk mempromosikan filem atau drama lakonan sendiri khasnya di media sosial.
Zul ketika ditemui majlis pelancaran filem Sangkar di Battle Arena, Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya, pada Selasa berkata, perkara tersebut adalah sebahagian tanggungjawab sebagai seorang pelakon.
Sekali gus, ia secara tidak langsung menarik minat masyrakat dan peminat untuk menonton nashkah yang dilakonnya.
“Saya tidak pernah berkira sekiranya pihak produksi atau stesen televisyen minta saya promosi drama atau filem lakonan sendiri di media sosial.
“Sebagai seorang pelakon, kita seharusnya bertolak ansur untuk mempromosikan hasil filem kita di media sosial.
Ads
“Tambahan pula, sekarang media sosial merupakan platform utama untuk promosikan sesuatu. Misalnya saya sebagai pelakon sudah tentulah saya pun mahu promosi hasil kerja,” kata Zul kepada MH.
Dalam pada itu aktor sasa berusia 33 tahun itu turut teruja dengan filem terbarunya berjudul Sangkar yang bakal ditayangkan bermula 29 Ogos depan arahan Khabir Bhatia.
Turut sama terlibat di dalam filem aksi berkenaan ialah Remy Ishak dan Mira Filzah.
Ads
“Jarang sekali filem Malaysia mahu ketengahkan aksi sukan ‘martial art’ sebagai subjek utama sesebuah filem.
“Sepanjang buat penggambaran filem ini memang rasa teruja dan seronok, walaupun ada mengalami sedikit kecederaan.
“Bagi saya, itu lumrah seorang pelakon apabila mengalami masalah sedemikian,”jelas Zul yang tidak sabar dalam menantikan reaksi peminat apabila filem tersebut ditayangkan kelak.
Dalam pada itu,Zul turut mengakui bertindak profesional apabila bergandingan dengan pelakon sama hebat, Remy Ishak.
“Filem ini seimbang daripada jalan ceritanya, ada babak aksi, percintaan dan kisah keluarga.
“Tiada istilah saya ‘overshadow’ Remy atau sebaliknya kerana setiap karakter mempunyai kekuatannya tersendiri,” ujarnya.
Pelakon, Luqman Hafidz ada membuat coretan panjang mengenai persahabatan dengan rakan-rakan lelaki yang mulai berubah rutin hidupnya setelah mendirikan rumah tangga.
Tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, perkongsian secara umum itu antara lain turut memohon para sahabat supaya saling mengingati akan sahabat lain yang merindu.
“Kawan hilang bila dah kawin?, bukan nak cakap yg masih lepak itu win, lebih kepada membincangkan terputusnya silaturrahim. Dulu sebelum korang kenal kami kwn2 yg push lebih.
“Pergi lah mintak nombor nanti melepas kau yg sedih”, tak menjadi kau nak give up kami sekeh, “mana tau dia jodoh kau , yg mahal memang selalunya susah weh”.
“Zaman dating kami pun tumpang pening , ye lah time tu kan byk dugaan berpusing pusing, kene tempias, kami suara paling nyaring, “kau putus kau bongok, tengoklah esok dia cari lain,” tulis Hafiz yang dikongsikan menerusi Instagram.
“Alhamdullilah selamat sudah bersanding berdua, kami semua senyum sampai ke telinga, tumpang bahagia hari indah lagi mulia, sempat bisik “malam ni tido awal la brother?
“Tapi sayang lepas tu langsung tak bersua, sebulan sekali belum tentu jumpa, faham baru lepas kawin korang perlukan masa, nak settle down ziarah jumpa semua sanak saudara.
“Ya sudah ada tanggungjawab baru, ada mulut nak suap ada yg nak rumah dulu. Ada yang pindah jauh beribu batu.Masih dalam whatapps group kawan kawanku, tapi kini sepi diam membisu.
“Sorry lah kau faham lah isteri aku bising”, aku angguk tanda setuju dia dulu baru yg lain, “takpelah kita lepak bila hal genting” , utamakan keluarga itu yang paling penting.
“Bukan nak cakap yg kau dah lupakan aku, lebih kepada kawan kau sekarang ni rindu, terkenang apa yg kita pernah ada dulu, rindu gelak tawa bila kongsi segala sendu. Setiap kali nak balik mesti chicken dinner dulu.
“Coretan ni bukan nak back up si suami, Hanya nak cakap hello dekat si isteri,
Nak share kisah persahabatan kami, Yang terbina sebelum korang jd laki dan bini. Ketahuilah apa pun yg jadi, doa sahabat ini sentiasa mengiringi.
“P/S: boleh lah tag isteri masing2 kalau nak lepak hujung minggu ni. Kene tembak balik tanggung sendiri,” kongsinya lagi.
Berkongsi rakaman ‘program’ istimewa, Majalah Empat, Hafreez Adam berkongsi keistimewaan gelagat lucu teman wanitanya, pelakon Zara Zya yang punya kebolehan ‘berinteraksi’ dengan monyet.
Video senda gurau yang dirakam itu menunjukkan Zara menjadi hos rancangan yang sedang ‘menemubual’ seekor monyet yang dikatakan sedang bersedih akibat kehilangan teman-teman.
“Anda bersama saya dalam Majalah 4. Sekarang saya ingin menemuramah Ikram yang tenagh bersedih kerana kehilangan kawan-kawannya.
“Nampaknya dia tidak mampu berkata-kata. Tapi saya cuba.
“Mungkin dia rabun. Tak nampak kehadiran saya. Tapi kita cuba lagi.
“Nampaknya dia masih lagi bersedih,” katanya. Apa yang melucukan, Zara melompat ketakutan seraya haiwan tersebut menuju ke arahnya.
“Hebatnya awak @zarazya . Boleh bercakap dengan monyet. Patut kadang-kadang bila awak cakap, saya tak faham,” tulisnya.
Penyanyi Amira Othman menegaskan dia dan suaminya, Fattah Amin, tidak akan menarik laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung sebuah akaun media sosial yang didakwa telah lama menyebarkan fitnah terhadap mereka sekeluarga.