Setiap perkahwinan pasti ada dugaan dan ujian yang perlu ditempuh oleh pasangan suami dan isteri.

Jodoh dan pertemuan juga sudah tertulis di tangan yang Maha Esa dan tiada siapa yang dapat menolak takdir jika telah tertulis jodoh mereka tidak panjang.

Menerusi laporan daripada Sinar Harian, penyanyi, Deja Moss telah mengesahkan bahawa suaminya, Azfendy Datuk Azzudin Ahmad telah memfailkan permohonan cerai minggu lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

IKLAN

Penyanyi ini juga tidak menafikan bahawa dia dan suaminya sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

“Dia yang nak cerai jadi biarlah dia yang fail cerai.

 

“Sepatutnya Rabu lalu, kami bertemu di mahkamah tapi saya sibuk sangat.  Sekarang tunggu tarikh baru,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Deja ditanya apakah punca penceraian ini dan dia memberitahu bahawa antara alasannya adalah kerana mereka tidak mempunyai anak.

IKLAN

“Saya sedia bermadu tapi entahlah…yang pastinya apa yang boleh saya katakan adalah mungkin kami sudah tiada jodoh.

 

“Saya reda bercerai,” katanya lagi.

Menurut sumber lagi, Deja memberitahu bahawa dia sekarang menumpukan perhatiannya kepada kerja-kerja amal bagi mengelak daripada terlalu memikirkan soal penceraian.

IKLAN

“Bagi mengelak terlalu memikirkan mengenai perkara ini sekarang saya tumpukan kepada kerja-kerja amal melalui Kembara Amal Ventures.

 

“Dan saya menghambakan diri kepada Pencipta saya,” katanya.

MH harap Deja tabah dengan segala ujian yang diberikan terhadapnya.

Sumber: Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI