Selepas suami Sarah, pelawak Shuib berulang-ulang kali mahu menawarkan diri untuk menjadi model lelaki menerusi singel terkininya, Sarah memberitahu dia sudah bosan dengan permintaan berkenaan.
Kerana bagi Sarah, lagu Semakin merupakan suatu lagu serius dan bukannya lagu yang ringan atau berunsurkan humor.
Malah, penyanyi itu turut meluahkan rasa geramnya terhadap Shuib menerusi sepotong video di Instagram beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, sehari lalu Sarah ada memuat naik pula sekeping foto dengan tulisan “Hensemnya dia ni. Cer teka siapa? di Instagram.
Ia sekali gus memberi peminatnya untuk terus berteka-teki mengenai siapakah model atau pelakon lelaki yang turut sama membuat penampilan terhadap lagu hasil ciptaan Shuib itu.
Sambil membiarkan peminat terus berteka-teki, Sarah ketika dihubungi MH sekali lagi menyatakan keengganannya untuk mengambil suami sendiri sebagai pelakon di dalam muzik video berkenaan.
“Saya tak nak ambil dia, atau kawan-kawan dia. Masa awal saya minta pendapat Shuib, dia cakap kalau saya tak mahu dia, dia boleh ambil rakan-rakan pelawak yang lain. Semakin lagu yang serius. Bukan main-main.
“Tak kan nak letak muka pelawak pula dalam muzik video tu? Shuib tetap handsome di mata, tapi aku tak nak dia enterframe dalam ini gambar!,” seloroh Sarah.
Sambil menyatakan idea pembikinan muzik video semakin adalah sebagai cara untuk terus mempromosikan lagu berkenaan buat pencinta seni tempatan, Sarah turut gembira kerana lagi itu juga turut terpilih sebagai antara 12 lagu yang bakal bersaing di dalam Anugerah Juara Lagu ke33 Februari depan.
Pada masa sama, Sarah turut memberitahu dalam banyak nama pelakon lelaki, nama Remy Ishak paling ramai disebut peminat.
Foto: Instagram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas terbabit dengan kemalangan jalan raya beberapa bulan lalu, Nina Iskandar difahamkan sudah sedia untuk ke set penggambaran. Malah, dia turut bercuti di Turki.
Nina telah memuat naik beberapa keping fotonya di negara berkenaan menerusi Instagram, beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, ada di antara peminat yang mulai bertanya mengenai ‘perubahan’ yang berlaku di bahagian wajah pelakon berkenaan, yang mana bibirnya kelihatan lebih tebal.
Sebelum ini, dikatakan bibir pelakon Isteri Dalam Sangkar itu lebih nipis.
“Dari dulu lagi dah lawa, tapi kenapa cucuk bibir jadi tebal pula?,” tanya seorang pengguna Instagram.
Lalu, pertanyaan tersebut dijawab pelakon berkenaan dengan mengatakan ia adalah kesan jahitan yang diterima akibat kemalangan tempoh hari.
“Tak pernah cucuk. Tapi saya accident hari tu, so ada jahitan kat luar dan dalam. So jahitan dalam ambil masa untuk sembuh.
“InsyaAllah akan jadi seperti sediakala. Doakan ya,” balas Nina.
Menerusi laporan media sebelum ini, kereta yang dipandu Nina dilanggar dua buah kereta lalu mengakibatkan bibirnya koyak dan tulang belakangnya retak.
Foto: Instagram Nina Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...