Penerbit, Datuk A Aida mengakui tidak lagi mengenakan tudung sejak beberapa bulan lalu.
Penampilan A Aida nyata mengejutkan ramai apabila muncul pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) ketika ditemu bual pengacara, Awal Ashaari dan Sherry Alhadad.
“Ya, betul saya tidak lagi berhijab. Tapi, saya tidak mahu bercakap banyak mengenai perkara ini. Saya minta maaf. Dokan yang baik-baik saja buat saya,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Terdahulu, A Aida mula mengenakan hijab selepas mendirikan rumah tangga pada Julai 2018 dengan pelakon, Ariff Aziz.
Bagaimanapun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama sembilan bulan sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada April tahun lalu.
A Aida adalah penulis lirik lagu Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip yang turut bersaing di AJL tahun ini bersama 11 buah lagu lain.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Filem Korea Selatan, Parasite melakar sukses tersendiri apabila memenangi kategori Filem Terbaik di Anugerah Academy ke-92 (Oscars), hari ini.
Kemenangan itu sekali gus mengalahkan barisan lapan filem lain iaitu 1917, The Irishman, Jojo Rabbit, Joker, Little Women, Marriage Story, Once Upon A Time… In Hollywood dan Ford v Ferrari.
Parasite menjadi filem ke-11 bukan dalam kalangan filem berbahasa Inggeris yang tercalon dalam kategori akhir Filem Terbaik dan keenam yang turut tercalon dalam kategori Filem Antarabangsa Luar Terbaik, tahun yang sama.
“Saya ingin berterima kasih kepada isteri yang sentiasa menjadi inpsirasi.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pelakon yang bersama saya hari ini seterusnya membawa jaya kepada filem ini,” katanya Bong ketika ucapan.
Selain kategori utama, filem arahan Bong Joon-ho itu turut mengungguli beberapa kategori lainnya iaitu Filem Antarabangsa Luar Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.
Parasite dibarisi pelakon seperti Song Kang-ho, Lee Sun-kyun, Cho Yeo-jeong dan Choi Woo-shik.
Filem yang ditayangkan sekiar Mei tahun lalu itu mengisahkan sebuah keluarga miskin yang mana semua ahli keluarga tidak mempunyai pekerjaan iaitu terdiri dari bapa mereka, bernama Ki-taek (lakonan Song Kang-ho), isterinya Chung Sook (Jang Hye-jin), anak lelaki mereka iaitu Ki-woo (Choi Woo-shik) serta seorang anak perempuan, Ki-jung (Park So-dam).
Suatu hari anak lelakinya yang turut dikenali sebagai Kevin, telah mendapat peluang pekerjaan pengajar Bahasa Inggeris kepada seorang anak gadis dari keluarga yang kaya.
Lalu selepas kehadiran Kevin, dia cuba membawa seorang demi seorang ahli keluarganya dalam famili kaya berkenaan sehinggalah berlaku satu kejadian yang tidak diduga berlaku.
Berikut merupakan senarai penuh pemenang Oscars 2020 (pemenang dalam tulisan terang):
Best picture –
1917
The Irishman
Jojo Rabbit
Joker
Little Women
Marriage Story
Once Upon a Time…in Hollywood Parasite
Ford v Ferrari
Best actress –
Cynthia Erivo, Harriet Renée Zellweger, Judy
Scarlett Johansson, Marriage Stor
Best actor –
Joaquin Phoenix, Joker
Leonardo DiCaprio, Once Upon a Time…in Hollywood
Antonio Banderas, Pain and Glory
Adam Driver, Marriage Story
Jonathan Pryce, The Two Popes
Best director –
Bong Joon-ho, Parasite
Sam Mendes, 1917
Todd Phillips, Joker
Martin Scorsese, The Irishman
Quentin Tarantino, Once Upon a Time…in Hollywood
Music (original song) –
“I’m Standing With You” from Breakthrough
“Into The Unknown” from Frozen II
“Stand Up” from Harriet “(I’m Gonna) Love Me Again” from Rocketman
“I Can’t Let You Throw Yourself Away” from Toy Story 4
“Glasgow” from Wild Rose
Music (original score) –
Joker
Little Women
Marriage Story
1917
Star Wars: The Rise of Skywalker
International feature film –
France, Les Misérables
North Macedonia, Honeyland
Poland, Corpus Christi South Korea, Parasite
Spain, Pain and Glory
Makeup and hairstyling –
Bombshell
Joker
Judy
Maleficent: Mistress of Evil
1917
Visual effects –
Avengers: Endgame
The Irishman
The Lion King 1917
Star Wars: The Rise of Skywalker
Best film editing –
The Irishman
Jojo Rabbit
Joker Ford v Ferrari
Parasite
Best cinematography –
Roger Deakins, 1917
Rodrigo Prieto, The Irishman
Lawrence Sher, Joker
Jarin Blaschke, The Lighthouse
Robert Richardson, Once Upon a Time…in Hollywood
Best sound mixing –
Ad Astra
Joker 1917
Ford v Ferrari
Once Upon a Time…in Hollywood
Best sound editing –
1917 Ford v Ferrari
Joker
Once Upon a Time…in Hollywood
Star Wars: The Rise of Skywalker
Best supporting actress –
Laura Dern, Marriage Story
Florence Pugh, Little Women
Margot Robbie, Bombshell
Kathy Bates, Richard Jewell
Scarlett Johansson, Jojo Rabbit
Documentary short feature –
In the Absence Learning to Skateboard in a Warzone (If You’re a Girl)
Life Overtakes Me
St. Louis Superman
Walk Run Cha-Cha
Documentary feature –
American Factory
The Cave
The Edge of Democracy
For Sama
Honeyland
Best costume design –
Sandy Powell & Christopher Peterson, The Irishman
Mark Bridges, Joker
Arianne Phillips, Once Upon a Time…in Hollywood Jacqueline Durran, Little Women
Mayes C. Rubeo, Jojo Rabbit
Best production design –
Once Upon a Time…in Hollywood
The Irishman
1917
Jojo Rabbit
Parasite
Live-action short film –
Brotherhood
Nefta Football Club The Neighbors’ Window
Saria
A Sister
Best adapted screenplay –
Steven Zaillian, The Irishman
Greta Gerwig, Little Women Taika Waititi, Jojo Rabbit
Anthony McCarten, The Two Popes
Todd Phillips & Scott Silver, Joker
Best original screenplay –
Rian Johnson, Knives Out
Noah Baumbach, Marriage Story
Sam Mendes & Krysty Wilson-Cairns, 1917
Quentin Tarantino, Once Upon a Time…in Hollywood Bong Joon-ho, Parasite
Animated short film –
Dcera (Daughter) Hair Love
Kitbull
Memorable
Sister
Animated feature film –
How to Train Your Dragon: The Hidden World
I Lost My Body
Klaus
Missing Link Toy Story 4
Best supporting actor –
Brad Pitt, Once Upon a Time…in Hollywood
Al Pacino, The Irishman
Joe Pesci, The Irishman
Anthony Hopkins, The Two Popes
Tom Hanks, A Beautiful Day in the Neighborhood
Sumber: Hollywood Reporter, Cnet
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi popular era 1980-an yang juga pernah menyertai program Gegar Vaganza 2, Azian Mazwan Sapuwan akui rasa sayu dan sedih apabila mengenangkan keadaan cucunya yang membesar tanpa bapa.
Terdahulu, anak keempatnya, Allahyarham Mohamad Aqil Zulkarnain telah pulang ke rahmatullah 16 Disember tahun lalu selepas lebih tiga minggu koma akibat kemalangan jalan raya.
Difahamkan, arwah menghembuskan nafas terakhir jam di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang.
Arwah meninggalkan seorang balu bersama anak tunggal mereka.
“Anak saya bernikah tahun lalu, namun kami belum sempat mengadakan sebarang majlis. Sepatutnya, mengikut perancangan, kami mahu mengadakan majlis resepsi untuk meraikan perkahwinan Aqil bulan ini.
“Tarikhnya belum ada, cuma rancang nak langsung bulan ini. Malah ada juga serba sedikit persiapan yang sudah dilakukan.
“Tetapi, rencana Allah lebih hebat, perancangan itu tidak kesampaian. Apa pun memang rasa terkilan dan sedih lebih-lebih lagi bila terpandang wajah cucu.
“Setiap kali saya melihat wajah si kecil itu, terbit perasaan sayu mengenangkan dia akan membesar tanpa kehadiran seorang bapa,” katanya.
Azian terdahulu ditemui di majlis pelancaran busana Munawwareen 2020, di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Reda atas ketentuanNya, penyanyi lagu Rumah Kecil Tiang Seribu ini juga akui, sebagai ibu dia masih terkenangkan pemergian arwah tersayang.
Bagaimanapun dia perlu kuat demi suami serta anak-anak yang lain.
“Dua bulan telah berlalu, saya masih terkenang. Sesekali rindu itu datang. Untuk menghilangkan perasaan terbabit, saya melihat dan memeluk pakaian arwah.
“Pemergian arwah memang sangat mengejutkan kami sekeluarga. Pada awalnya, saya akui sukar untuk terima kenyataan dia sudah pergi dijemput Ilahi.
“Mula-mula, saya rasa sangat sedih tetapi saya teringat dengan pesan seorang ustaz, tidak manis andai terlalu meratapi pemergian arwah.
“Lalu saya cuba isi masa dengan lakukan pelbagai aktiviti selain memanjangkan doa buat Allahyarham.
“Pada masa sama, apa yang berlaku ini membuatkan saya lebih kuat selain mendekatkan diri kepdaNya dan isi masa dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran,” jelasnya jujur.
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...