Sumpah ciptaan Naim Daniel Dan Omar K, diumum sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada malam Ahad.
Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi bersama baucer CJ Wowshop sebanyak RM10,000.
Naib juara AJL34 pula milik Budak Flat yang dinyanyikan Aman sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi dan juga baucer CJ Wowshop bernilai RM5,000.
Tempat ketiga milik lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, Anta Permana yang dinyanyikan Bob Yusof dan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penampilan khas.
Kemenangan itu membolehkan mereka berkongsi hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi dan baucer CJ Wowshop bernilai RM3,000.
Manakala Persembahan Terbaik pula disandang Hafiz Suip menerusi persembahan lagu Kisah Cinta Kita
Ads
Penyanyi asal Sarawak itu membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, baucer CJ Wowshop dan trofi.
Hafiz Suip turut dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik, sekali gus membawa pulang RM12,000.
Haqiem Rusli menerusi lagu Lembah Kesepian pula dipilih sebagai Anugerah Pilihan Peminat Setel.
Ads
AJL34 dihoskan oleh Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan Haziq.
Persembahan pembuka AJL 34 diserikan dengan persembahan para pemenang vokal terbaik AJL lalu seperti Liza Hanim, Misha Omar, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Lah Ahmad, Black dan Hazami.
Persembahan interlude AJL 34 pula akan menampilkan karya-karya balada M.Nasir yang disampaikan oleh Ameng Spring, Fredo, Datuk Hattan, Datuk David Arumugam, dan Datuk M. Nasir sendiri.
Kesemua lagu di AJL34 diadili 10 juri profesional iaitu Ajai selaku ketua juri, Azmeer, Edrie Hashim, Dato’ Wah Idris, Altimet, Helen Yap, Dato Mokhzani, Sharon Paul, Aznul Haidi dan Cat Farish menggantikan arwah Lok-U.
Neelofa sebelum ini ada membuat ramalan tersebut menerusi media sosial, awal semalm.
Foto: Instagram Hatta Dolmat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi yang juga kakak kepada Tomok, Ismaliza Ismail, 40, mengakui dirinya gembira dan memanjatkan rasa syukur kerana diberikan jodoh untuk mengharungi hidup bersama insan dan keluarga tersayang.
Malah katanya lagi, apa yang didambakan kini hanya untuk menggembirakan hati, sekali gus tidak mahu lagi ungkit apa kisah yang pernah berlaku sebelum ini.
“Alhamdulillah, saya pun tak sangka dapat jodoh, orang kata cepat juga dalam masa dua tahun (selepas berpisah dengan suami pertama). Kita tidak tahu perancangan daripada Allah, jadi saya terima seadanya.
“Pada usia begini, saya sebolehnya mahu gembirakan hati. Tidak mahu lagi ungkit kisah yang lepas. Tutup buku lama, buka buku baru,” katanya jujur kepada MH.
Ditanya apakah yang membuka hatinya untuk kembali menjalani hidup sebagai seorang isteri, ibu kepada lima cahaya mata itu menambah, soal jodoh dan ajal semuanya terletak atas Yang Maha Esa.
“Sebenarnya apa yang telah terjadi sebelum ini saya jadikan pengajaran. Saya tiadalah cakap untuk terus tutup pintu hati apabila mengalami fasa perceraian sebelum ini. Tidak boleh cakap begitu.
“Jadi bila Dia sudah bukakan pintu hati, saya terima. Penerimaan anak-anak semuanya baik. Mereka terima dan tiada masalah dengan bapa baru mereka,” katanya yang menjaga anak secara bergilir-gilir dengan bekas suami.
Bercakap mengenai soal cahaya mata pula, bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ketujuh ini tidak mahu mengharap, sebaliknya berserah kepada rezeki.
“Kami serahkan kepada Allah SWT. Kalau Dia izinkan kami untuk ada zuriat, alhamdulillah. Mendoakan yang baik-baik.
“Saya tidak boleh untuk cakap mengenai hal tersebut secara berlebih-lebih bimbang nanti apa yang dirancang tidak menjadi, nanti kita juga yang akan rasa kecewa. Kami berserah,” jelasnya.
Lebih selesa untuk tidak berkongsi lebih perihal suaminya, Mohd Dzaki, 35, bintang berusia 39 tahun ini bagaimanapun menjelaskan ia adalah permintaan suami dan sebagai isteri, dia menghormati permintaannya.
“Suami tidak selesa untuk berkongsi mengenai hal peribadi. Apa yang boleh saya beritahu, dia bekerja dalam sektor kerajaan.
“Cukuplah kalau peminat tahu saya sudah berkahwin. Dia juga lebih selesa untuk tidak ke depan dan hanya di belakang tabir sahaja.
“Itu juga permintaannya. Dia seorang yang merendah diri. Malah begitu juga dengan keluarganya.
“Apa yang saya kongsikan di media sosial sebelum ini, hanya itulah yang semampunya untuk saya berkongsi. Saya hanya nak beritahu yang saya sudah berkahwin beserta dengan foto-foto sekitar majlis,” katanya lagi.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Disember lalu di Menara Seri Dewan Wilayah, Putrajaya.
Isma sebelum ini pernah berkahwin dengan komposer dan penyanyi Zul 2 By 2 pada 16 April 1998, tetapi bercerai awal tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 21, Muhammad Haiqal Aydiel,20, Seri Aida Merlissa,18, Seri Ayreen Merlynda,16, dan Seri Adryana Mercella,12.
Isma ditemui pada majlis Pelancaran Busana Munawwareen 2020 di Kuala Lumpur. Pada majlis berkenaan, turut diperagakan ialah koleksi terkini dari jenama berkenaan melibatkan koleksi jubah dan busana muslimah untuk wanita di negara ini yang mementingkan kualiti gaya serta keselesaan.
Jenama ini diusahakan oleh Puan Hajah Aliza Abu Bakar selaku Pengarah Urusan yang turut bekerjasama dengan beberapa pereka fesyen tempatan dalam melahirkan koleksi terkini ini.
Dihoskan Zulin Aziz majlis turut diserikan dengan kehadiran jemputan VIP, rakan media serta selebriti tempatan.
Usahawan, Datuk Seri Vida ada lebih sinonim disapa sebagai DSV sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley yang dibelinya kira-kira tiga tahun lalu ‘tersidai’ di halaman.
Malah kiraan jumlah perjalanannya setakat ini juga hanya lebih 3,000 kilometer.
Selain memberi ulasan panjang lebih terhadap video berdurasi 3 minit 41 saat itu, penyanyi lagu I Am Me ini menerusi ruangan kapsyen juga turut memberitahu kereta rona putih itu masih lagi baru, seperti baru keluar dari kedai!
“Beli BENTLEY ni 3 tahun lps. Macam baru kluar kedai. Millage pun tak lebih 3 ribu. Tapi tengoklah realitinya…,” tulis Vida sambil disusuli dengan harga serta pembelian minyak wangi keluarannya.
Vida menerusi IG TV antara lain turut memberitahu dia mementingkan penjagaan dalam kereta agar sentiasa dibersihkan dan berbau wangi.
Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat memberikan reaksi pelbagai dan ada di antara komen tersebut mendapat reaksi ibu kepada dua cahaya mata ini.
Pernah bergandingan menerusi filem Gol & Gincu (2005), pelakon Nur Fazura mengabadikan babak bersama Allahyarham Ashraf Daniel bin Mohammed Sinclair di Instagramnya.
Menerusi babak yng dilakonkan,Fazura mendukung watak sebagai Puteri, manakala Ashraf sebagai Eddy, masing-masing mempunyai perasaan cinta yang sama.
Bagaimanapun, timbul konflik di antara mereka.
“In the loving memory with Ashraf Sinclair. Gol & Gincu @sazzyfalak,” tulisnya.