Pelakon Tasha Shilla, selamat bergelar isteri kepada ahli kewangan, Muhammad Atiq Idris 33, dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat 28 Februari di Masjid Wilayah Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi tadi kira-kira jam 9.59 pagi.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah  dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali disaksikan Imam Besar Masjid Wilayah, Ehsan Mohd Hosni.

Siapa sangka perkenalan selama dua bulan semenjak Disember lalu telah membawa mereka ke ikatan yang sah. Pasangan ini sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada 23 Februari lepas.

Tempoh perkenalan selama 2 bulan itu juga telah mendapat sokongan baik dari kedua belah pihak keluarga.

Atiq menyerahkan mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Tasha telah memilih untuk tinggal bersama Atiq di Singapura apabila selesai dengan majlis persandingan di sebelah lelaki kelak.

IKLAN

Tasha juga selesa untuk tidak menghebahkan niat mendirikan rumah tangga kerana bagi beliau isu seperti ini lebih peribadi dan memadai untuk hanya dikongsikan bersama keluarga dan sahabat karib beliau.

Tasha dan pasangan kelihatan serba putih dengan hasil rekaan pereka terkenal, Hatta Dolmat pada akad nikah di sebelah pagi manakala pada sebelah resepsi pasangan ini memilih untuk mengenakan busana tradisional melayu klasik rekaan Zaimi Zulkafli.

Majlis resepsi pertama pihak perempuan akan diadakan di sebelah petang pada hari

IKLAN

yang sama manakala resepsi kedua pihak lelaki akan diadakan pada minggu hadapan.

Terdahulu pada Ahad lalu, Tasha ketika ditemui pada majlis tunang turut bersyukur dan akui jodohnya sudah sampai meski dalam tempoh perkenalan yang singkat.

“Meski perkenalan kami boleh dikatakan singkat, tetapi saya bersyukur kerana sudah sampai jodohnya, terbuka hati.

IKLAN

“Rasa tenang dan bila bertemu dengan Atiq, saya dapat rasakan hadirnya cinta sejati apabila bertemu dengannya.

“Terima kasih juga kepada semua yang hadir dan majlis berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan.

“Semoga segalanya akan dipermudahkan selepas ini, insyaAllah,” katanya.

Ikuti sekitar majlis akad nikahnya di sini:

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/202543944138469/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI