Penyanyi, Misha Omar ada berkongsi beberapa potongan video menerusi Insta Stories miliknya semalam.
Menariknya menerusi perkongsian tersebut, pemegang Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-33 itu memaklumkan dirinya ada menerima mesej daripada peminat ‘Kancil girl’ yang menyatakan rasa bangga kerana memandu Kancil.
Misha yang memandu kenderaan tersebut untuk menghadiri sebuah sesi fotografi majalah di Shah Alam pula memberitahu, kereta yang dipandu itu tidak ternilai bagi dirinya kerana ia merupakan kepunyaan Allahyarham bapanya, Omar Ismail.
“Ramai ‘Kancil girl’ di luar sana yang dm Kak Mitch pun bawa Kancil. This is more precious than other car, sebab this one came form my late father. I’ll show you okay.
Ads
“Is is not so original sangat…Kancil ni 660 saja tau spee dia. Jadi dashboard depan ni suami saya sudah tukar, so jadi begini.
“Yang lainnya kekal cuma Kak Mitch tukar seat ni sebab Kak Mitch sudah tua bagi kurangkan sikit rasa sakit belakang.
Ads
“Tapi yang belakangnya masih sama. Siapa lagi seat yang macam tu? Comelkan?,” tanya Misha Omar.
Ads
Yang penting, Kancil yang dipandunya itu kereta manual okay. Hebat Kak Mitch!
Meski sedang menghitung hari menantikan kelahiran anak pertamanya, pelakon Mawar Rashid tetap setia belajar dan memperkasakan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
Malah, Mawar mengakui sepanjang mengandung, dia ada mengupah guru mengaji dan sesi pengajian dimulakan dengan belajar Iqra dan kemudian saling sama-sama membaca ayat suci.
“Memperkenalkan ustazah Mawar. Dia sama umur Mawar, and dia pun tengah pregnant sama bulan dengan Mawar. Sepanjang Mawar pregnant ni, Nad ni la jadi guru mengaji Mawar, lepas blajar iqra, we all sama2 baca Al-Quran untuk baby we all..
“Memang niat Mawar sbelum pregnant lagi nak belajar balik untuk mengaji dengan lancar, agar Mawar lebih dekat ngan Al-Quran.
“Tapi Mawar tak sempat lagi menguruskan masa Mawar atas urusan kerja yang terlalu padat. Jadi Mawar ambil kesempatan time preggy ni, untuk memulakan kelas mengaji yang telah lama ada dalam niat hati Mawar ni,” terang Mawar.
Malah, pelakon Cinta Bersegi-Segi ini juga berharap ada sesi ini dapat diteruskan demj menambah ilmu agamanya.
“Insyaa’Allah akan maintain kelas mengaji atau kelas apa2 demi menambahkan ilmu pengetahuan agama sampai bila2 pun tak apa. Itu hajatnya la, kita perlu dream big kan. Hehe..
“Sebelum ni Mawar memang boleh baca Al-Quran, jangan salah faham ye, tapi tak beberapa lancar. Mawar tak malu untuk share sebab Mawar sedar ni kekurangan Mawar.
“Buat apa kalau kita nak bangga dengan benda yang kita tak pandai/ tak ada kan? Biar hati ni jujur daripada kita menipu diri sendiri dan orang lain. Mawar punya goals, belajar sampai dapat baca Al-Quran dengan lancar, dan dapat menghayati ayat2 yang Mawar baca.
“Insyaa’Allah And Mawar share ni agar dapat memberi semangat kat org luar di sana yang kita tidak pernah terlambat untuk memulakan sesuatu yang baik. Mawar doakan agar kita semua sentiasa istiqamah(berterusan) hingga ke akhir hayat,” kongsinya panjang lebar di Instagram.
Isteri kepada penyanyi, Tomok awal malam tadi ada memberikan dedikasi istimewa buat insan bergelar guru.
Menerusi Instagram, ibu kepada dua cahaya mata ini menulis, tugas seorang guru sangat mulia kerana mampu mengurusan bilangan pelajar yang ramai dengan baik.
“Assalammualaikum…lama tak post kat ig…story2 je dibu sempat….biasalakan bila dah jadi cikgu sepenuh masa ni, stress pulok kita…walhal anak murid sorg jekkk…huhuhu arrianla saper lagi.
“Salute to all teacher …nak jaga murid sorang pun berpeluh ketiak ini kan pula 40 student dalam satu masa…sbb tu tugas guru tu tersangatla mulia,” tulisnya.
Tomok mendirikan rumah tangga bersama Rahayu Abbas pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrian mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Andrashah Iman.
Foto: Instagram Rahayu Abas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sudah ditakdirkan, kedua-dua bekas isteri Rizal Ashram Ramli, Fasha Sandha dan Nora Danish bernikah buat kali kedua pada tarikh yang sama, 30 Mac.
Nora Danish menerusi ruang komen di laman Instagram Jejai dilihat mendoakan agar bekas suaminya turut dinikahkan pada tarikh yang sama pada tahun depan.
“Mari kita ramai ramai berdoa, agar Jejai berkahwin pula, mungkin tarikh yang sama tahun depan.”
Menggambarkan hubungan baik yang terjalin, netizen kagum dengan bekas pasangan ini.
Malah ada yang menyarankan agar Nora dan Fasha menyambut hari ulangtahun perkahwinan bersama tahun depan.
Bagaimanapun,komen ibu kepada dua cahaya mata ini dipandang berbeza pula oleh netizen.Semuanya gara-gara tarikh kahwin yang dikatakan sama itu.
Alahai netizen, apa kata kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka.
Foto – Instagram Rizal Ashram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Komposer dan penulis lagu prolifik, Ajai berharap pendengar dapat menikmati Cinta Di Akhir Garisan 2.0 dengan perspektif baharu tanpa membandingkannya dengan versi asal yang...